DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 22 Disember 2020.
1) COVID-19: Kes positif global 77 juta, kematian 1.7 juta
Setakat 6.30 pagi ini waktu Malaysia, terdapat 77,269,379 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.
2) COVID-19: Tiada bukti varian baharu lebih berisiko - WHO
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan, mutasi baharu virus ini sudah dijangka dan merupakan proses semula jadi.
3) COVID-19: Larangan perjalanan ke Afrika Selatan susulan varian baharu
Menurut pakar, varian terbaharu itu dikesan di negara tersebut dan dilaporkan sudah menjangkiti anak muda dengan penyakit yang serius.
4) COVID-19: Biden terima suntikan vaksin secara langsung di televisyen
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengambil dos pertama vaksin pada Isnin dalam kempen membendung penularan COVID-19.
5) Olimpik Tokyo: Kos rasmi selepas ditunda bernilai RM62.54 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah AS$15.4 bilion atau RM62.54 bilion.
6) #JusticeforSonyaGregorio: Netizen gesa reformasi polis susulan insiden tembak jiran
Berikutan penularan video pegawai polis menembak mati dua beranak di sebuah bandar di Filipina, tanda pagar #StopTheKillingsPH dan #JusticeforSonyaGregorio mula trending di media sosial.
7) Rombakan Kabinet: Tokoh baharu diperkenal kukuhkan pentadbiran Jokowi
Spekulasi tentang rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini terjawab apabila beberapa nama baharu dari kalangan tokoh politik ternama kini membarisi pentadbirannya.
8) Brexit: Peraturan dagangan WTO memadai - Johnson
Perdana Menteri UK, Boris Johnson percaya terma dagangan Organisasi Dagangan Dunia (WTO) adalah mencukupi jika UK gagal mencapai perjanjian dengan EU.
9) Penduduk diingatkan jangan keluar rumah, 'raksasa api' Kilauea mengamuk lagi
Gunung berapi Kilauea di Big Island, Hawaii meletus pada Ahad malam, disusuli gempa bumi yang menggegarkan unjuran selatan gunung itu, menurut laporan daripada agensi pemantauan geologi Amerika Syarikat, USGS.
10) Bapa dan anak saling berbunuhan selepas berbalah tentang anjing peliharaan
Dalam kejadian yang berlaku di Alabama, Amerika Syarikat (AS), Kelvin Nicholas Coker, 32, menembak beberapa anjing peliharaan milik dia dan ayahnya.

#Joko Widodo
#Indonesia
#Perdana Menteri
#EU
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#kes positif
#Boris Johnson
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Tokyo
#Olimpik
#Brexit