JAKARTA:Spekulasi tentang rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini terjawab apabila beberapa nama baharu dari kalangan tokoh politik ternama kini membarisi pentadbirannya.
Dalam satu sidang media di Istana Merdeka, Jakarta pada petang Selasa, Jokowi mengumumkan bahawa jawatan Menteri Kesihatan yang sebelum ini disandang Terawan Agus Putranto, akan digantikan oleh Budi Gunadi Sadikin.
Budi yang merupakan bekas tokoh perbankan dan ketua pasukan khas pemulihan ekonomi republik itu, menggantikan Terawan yang teruk dikecam kerana gagal menangani penularan COVID-19 di negara itu.
Setakat ini, Indonesia merekodkan lebih 670,000 jumlah kes kumulatif positif dan lebih 20,000 kematian, menjadikannya negara Asia Tenggara paling teruk terjejas akibat pandemik.
Selain itu, Tri Rismaharini yang selama ini proaktif sebagai Datuk Bandar (Walikota) Surabaya telah dinamakan sebagai Menteri Sosial. Beliau yang sebelum ini terkenal dengan kelantangan menguruskan hal-hal sosioekonomi kota itu bakal mengakhiri tempoh khidmatnya setelah selesai Pemilihan Ketua Daerah (Pilkada) 2020.
"Saya kira kita tahu semuanya beliau adalah walikota Surabaya. Dan saat ini Tri Rismaharini akan kita berikan tanggungjawab untuk menjadi Menteri Sosial," ujar Jokowi tentang penyandang yang menggantikan Juliari Batubara itu.
Batubara ditahan awal bulan ini kerana terpalit dengan dakwaan menerima wang suapan bernilai AS$1.2 juta semasa pengendalian kontrak berkaitan dana bantuan COVID-19.
Sementara itu, bekas TImbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Salahuddin Uno diumumkan sebagai Menteri Pariwisata (Pelancongan) dan Ekonomi Kreatif.
"Saya ingin kenalkan, tapi semua pasti sudah kenal, Pak Sandiaga Salahudin Uno. Akan kita berikan tugas sebagai Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif," kata Jokowi, lapor Kompas.com.
Sandiaga merupakan seorang usahawan berjaya dan ahli politik Parti Gerindra, bekas Ketua Himpunan Pengusaha Muda Indonesia, dan juga bekas pencabar Joko Widodo-Ma'ruf Amin dalam Pemilihan Umum 2019.
Sandiaga akan menggantikan Wishnutama Kusubandio.
Beberapa kementerian lain juga menyaksikan pertukaran menterinya. Mereka ialah Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas; Menteri Kelautan dan Perikanan, Sakti Wahyu Trenggono; dan Menteri Perdagangan Muhammad Lutfi.
Upacara angkat sumpah bagi semua menteri baharu itu akan dilangsungkan pada Rabu.
Agensi
Tue Dec 22 2020

Tri Rismaharini (kiri) dan Sandiaga Uno adalah antara enam menteri baharu yang bakal memulakan tugas dalam pentadbiran Jokowi. - Foto: Facebook

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Putin akan hadir ke KTT G20 di Bali - Jokowi
Jokowi memaklumkan perkara berkenaan selepas berhubung dengan Putin menerusi telefon pada Isnin.

Jokowi minta Putin tamatkan operasi ketenteraan di Ukraine
Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.

Seronok! Rakyat Indonesia dapat cuti panjang Hari Raya Aidilfitri
Republik itu turut memutuskan cuti Aidilfitri peringkat nasional ditetapkan pada 2 dan 3 Mei.

Kunjungan kedua PM ke Indonesia perkukuh hubungan sosial, kerjasama ekonomi
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia yang berakhir hari ini berjaya mengukuhkan lagi hubungan sosial dan ekonomi.

Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu - PM
Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.

Anda buruh migran Indonesia di Malaysia? 5 inisiatif kerajaan Malaysia yang perlu anda tahu
Beberapa inisiatif dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam menjaga kebajikan buruh migran Indonesia dari sudut perlindungan sosial.

Malaysia, Indonesia meterai MoU pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia
Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di Jakarta.

Ismail Sabri tiba di Jakarta untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7 pagi waktu Indonesia barat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.

China dan Indonesia contoh hubungan negara membangun yang kukuh - Xi Jinping
China dan Indonesia merupakan negara membangun yang utama dan wakil entiti ekonomi baharu, kata Presiden Xi Jinping.