INTERNATIONAL
#JusticeforSonyaGregorio: Netizen gesa reformasi polis susulan insiden tembak jiran

Jonel ditahan kerana menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan yang tercetus daripada bunyi bising meriam paip PVC buatan sendiri. -Foto Facebook @CNN Philippine
SUSULAN penularan video pegawai polis menembak mati dua beranak di sebuah bandar di Filipina, tanda pagar #StopTheKillingsPH dan #JusticeforSonyaGregorio mula trending di media sosial.
Insiden yang disifatkan kejam itu juga menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung penguatkuasaan undang-undang dan budaya kekebalan serta keganasan yang diamalkan oleh polis negara itu.
Mereka juga turut mendesak agar institusi polis negara itu diubah ke arah yang lebih berperikemanusiaan.
Sementara itu, peguam Hak Asasi Manusia di Filipina turut memuat naik ciapan berhubung insiden itu.
Jelasnya, insiden itu berlaku kerana penyalahgunaan kuasa.

Muat naik ciapan Chel Diokno di laman Twitter
Terdahulu, lapor portal The Washington Post, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut menerbitkan laporan yang mendakwa pelbagai jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan sepanjang tempoh Duterte memerintah.
Malah, ICC juga menyatakan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk memutuskan sama ada akan meneruskan siasatan penuh ke atas Filipina dalam tempoh separuh pertama tahun depan.
Insiden melibatkan Jonel bukan kes pertama yang berjaya dirakam orang ramai.
Pada April, insiden penembakan polis terhadap bekas tentera Winston Ragos juga menjadi tular di media sosial.
Ragos didakwa mengalami gangguan akibat tekanan pasca-trauma sebelum ditembak ketika berdebat dengan anggota polis susulan tuduhan melanggar larangan kuarantin.
Pembunuhan Kian Delos Santos yang berusia 17 tahun pada tahun 2017 juga mencetuskan kemarahan.
Polis ketika itu mendakwa dia terlibat dengan dadah dan melepaskan tembakan terlebih dahulu. Namun video pengawasan menunjukkan polis menyeret mayatnya ke tempat di mana ia kemudian ditemukan.
Tiga pegawai disabitkan atas pembunuhan Kian Delos Santos setahun kemudian.
Walaupun berlakunya banyak pembunuhan melibatkan anggota polis di negara itu, Duterte dengan manifestonya "perang terhadap dadah" tetap popular di negara itu.
Sehingga kini, Duterte masih belum memberikan sebarang komen berkenaan isu tembakan berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami