awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
Imigresen tahan 171 pendatang asing dalam serbuan di Semenyih dan Kajang
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dan anak saling berbunuhan selepas berbalah tentang anjing peliharaan

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
02:48 MYT
Bapa dan anak saling berbunuhan selepas berbalah tentang anjing peliharaan
Seorang bapa menembak anaknya sendiri selepas berang anjing peliharaan dibunuh lelaki itu. -Gambar hiasan
ALABAMA:Seorang bapa menembak anaknya sendiri selepas berang anjing peliharaan dibunuh lelaki itu.
Dalam kejadian yang berlaku di Alabama, Amerika Syarikat (AS), Kelvin Nicholas Coker, 32, menembak beberapa anjing peliharaan milik dia dan ayahnya.
Menurut kenyataan polis, Kelvin James Coker, 60, yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat dua anjing miliknya mati dan bergegas ke rumah anak lelakinya.
Perbalahan terjadi di antara mereka berdua sebelum si ayah menembak kaki anaknya selepas mendengar pengakuan lelaki itu.
Anaknya Nicholas membalas dengan tembakan jarak dekat menggunakan senapang patah yang membunuh ayahnya.
Nicholas bagaimanapun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Siasatan awal polis mendapati mereka sering menerima laporan berhubung keganasan domestik dalam keluarga Coker dan pegawainya pernah menerima laporan beberapa hari lalu.
Tidak dapat dipastikan punca Nicholas menembak mati anjing peliharaan keluarganya.
Kes tersebut masih disiasat dan pihak berkuasa akan memanggil saksi untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#tembak ayah
#tembak anak
#Alabama
#tembak anjing
#Kelvin Nicholas Coker
#Kelvin James Coker
#anjing peliharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan