TOKYO:Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Olimpik Tokyo 2020, Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah AS$15.4 bilion atau RM62.54 bilion.
Jelasnya kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat akan menanggung kos bagi pelaksanaan langkah-langkah semasa temasya itu nanti.
"Jumlah kos keseluruhan temasya itu adalah 1.64 trilion yen (AS$15.4 bilion). Jawatankuasa Sukan Olimpik tidak akan menanggung kos ekstra bagi langkah-langkah pencegahan COVID-19.
"Ia akan ditanggung oleh kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Pada masa sama, Muto turut memaklumkan jawatankuasa itu masih belum membuat sebarang persetujuan dengan tajaan domestik berkenaan lanjutan tajaan untuk temasya itu tahun depan.
Namun organisasi yang ingin menaja sudah memaklumkan kesanggupan mereka berbuat demikian.
Kos yang dibentangkan itu adalah 22 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas dan menunjukkan peningkatan berjumlah AS$2.8 bilion.
Ia dilaporkan akibat daripada pertukaran tarikh temasya itu termasuk berbincang semula kontrak dan langkah-langkah anti-virus.
Agensi
Tue Dec 22 2020

Jelasnya kerajaan metropolitan Tokyo dan kerajaan pusat akan menanggung kos bagi pelaksanaan langkah-langkah semasa temasya itu nanti. - Foto: Reuters

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda ketika rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching pada Selasa.

Sidang media online: Parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau lorong tikus
Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas dan sekatan jalan raya bergerak di setiap laluan alternatif atau lorong tikus di sempadan negeri itu bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Gaji dan elaun | Boleh potong tidak perlu usul di Parlimen
Tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat termasuk menteri-menteri boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat. Demikian pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkaitan gaji wakil-wakil rakyat atau elaun mereka dipotong antara 10 sehingga 20 peratus.

COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua
Menurut Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura, kerajaan perlu berunding dengan pakar kesihatan sebelum memutuskan deklarasi terbaharu.

COVID-19: 814 kes baharu, Gabenor Tokyo gesa darurat dikuat kuasa
Gabenor Tokyo menggesa kerajaan pusat menguatkuasakan darurat berikutan lonjakan kes baharu COVID-19.

Dream of maiden Olympic gold put on hold
When one looks back on this year, it is inevitable that the main topic of discussion will be the COVID-19 pandemic.

Impian buru emas sulung Sukan Olimpik 'ditunda'
Ia membantutkan bukan sahaja impian atlet bergelar sang juara, malah peminat sukan juga terpaksa 'menangguhkan' hasrat mereka bagi melihat atlet kesayangan mencapai kejayaan.

Olimpik Tokyo: Jepun capai perjanjian bersama 68 penaja tempatan
Dana baharu dijangka melebihi AS$ 210 juta bagi menampung anggaran yang semakin meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Olimpik Tokyo: Kos rasmi selepas ditunda bernilai RM62.54 bilion
Toshiro Muto mengumumkan kos rasmi temasya sukan itu selepas ditangguhkan adalah 15.4 dolar amerika atau RM62.54 bilion.

Ribut salji di Jepun, lebih 1,000 kenderaan terkandas di lebuh raya
Bagaimanapun pihak berkuasa telah mengagihkan makanan serta selimut kepada pemandu yang terperangkap di Lebuhraya Kanetsu

COVID-19: Jepun catat kes harian tertinggi, lepasi 3,000
Pihak berkuasa didesak mengambil langkah seperti menangguhkan perjalanan ke luar kota dan meminta kedai ditutup lebih awal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.