ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 29 Disember 2020.
1) Gempa bumi 6.4 skala Richter landa Croatia, sekurang-kurangnya satu maut, ratusan cedera
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari runtuhan bangunan, dan pasukan tentera telah dihantar untuk membantu.
2) Pereka fesyen Pierre Cardin meninggal dunia pada usia 98 tahun
Pereka fesyen jahitan couture itu adalah yang pertama memulakan jualan busana di pasar raya sekitar 1950-an, selain menjadi yang pertama menjual minyak wangi, aksesori dan makanan, yang kini menjadi sumber pendapatan besar bagi jenama-jenama fesyen seluruh dunia.
3) Ribut taufan, hujan lebat melanda California
Susulan kejadian itu, petugas kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dan dua mangsa berjaya diselamatkan daripada ditenggelami air.
4) Bapa, anak berjaya diselamatkan selepas 12 jam terkandas akibat banjir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan bapanya yang mengembara menaiki pacuan empat roda di pedalaman Australia berjaya diselamatkan selepas terkandas dalam banjir.
5) Gara-gara terlupa, 500 dos vaksin Moderna dibuang begitu sahaja
Hampir 500 dos vaksin Moderna terpaksa dibuang begitu sahaja gara-gara kesilapan petugas sebuah klinik di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) yang terlupa meletakkannya di dalam tempat simpanan beku.
6) COVID-19: Anggota keselamatan Rodrigo Duterte disuntik vaksin China
Anggota pasukan keselamatan serta beberapa menteri kabinet Filipina sudah diberikan suntikan vaksin COVID-19 walaupun belum mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) negara itu, lapor pihak berkuasa pada Isnin.
7) COVID-19: Vaksin Sputnik V mula diberikan kepada warga emas Moscow
Moscow meneruskan program vaksinasi dengan mengedarkan vaksin yang dihasilkan negaranya kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas.
8) COVID-19: 80 petugas kesihatan terima suntikan vaksin di Rom
Sejumlah 80 petugas perubatan di Rom, Itali terima suntikan vaksin COVID-19 pada Isnin.
9) Indonesia sekat kemasukan semua warga asing dari 1 hingga 14 Jan
Bermula 1 hingga 14 Jan ini, Indonesia kembali menyekat kemasukan warga negara asing ke republik itu bagi mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Luarnya Retno Marsud.
10) Penunjuk perasaan desak PM Nepal letak jawatan
Penunjuk perasaan berhimpun di Kathmandu, Nepal pada Selasa bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menterinya, sebagai bantahan terhadap keputusan Khadga Prasad Oli yang membubarkan Parlimen.
Asyraf Roslan
Tue Dec 29 2020

Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

AWANI Ringkas: MIC bincang isu kerjasama dengan Bersatu & PN

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Varian baharu COVID-19 dikesan di New York
Varian yang dikenali sebagai varian B.1.526 itu membawa mutasi yang boleh mengelak tindak balas sistem imun semulajadi badan selain memberi kesan kepada rawatan antibodi monoclonal.

COVID-19: Kes positif global lebih 112.8 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 112.84 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Tiger Woods mungkin tidak dapat kembali aktif - Doktor
Kata pakar perubatan ortopedik, atlet itu mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional lagi selepas ini.

COVID-19: Satu suntikan vaksin Johnson & Johnson mampu cegah jangkitan - FDA
Kadar keberkesanan vaksin Johnson & Johnson adalah 66 peratus untuk mencegah COVID-19 tahap sederhana hingga teruk.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

FDA rancang benarkan vaksin Pfizer-BioNTech disimpan dalam suhu lebih tinggi
FDA dijangka mengumumkan panduan baharu berhubung penyimpanan vaksin Pfizer BioNTech pada Selasa.