awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara terlupa, 500 dos vaksin Moderna dibuang begitu sahaja

Agensi
Agensi
29/12/2020
03:25 MYT
Gara-gara terlupa, 500 dos vaksin Moderna dibuang begitu sahaja
Gara-gara kealpaan petugas klinik di Wisconsin, 50 bebuli yang mengandungi 500 dos vaksin Moderna dibiarkan semalaman di luar pusat simpanan. -Gambar fail
WISCONSIN:Hampir 500 dos vaksin Moderna terpaksa dibuang begitu sahaja gara-gara kesilapan petugas sebuah klinik di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) yang terlupa meletakkannya di dalam tempat simpanan beku.
Portal RT melaporkan petugas tersebut terlupa meletakkan semula 50 bebuli atau bekas simpanan vaksin berkenaan di dalam tempat penyimpanan klinik menyebabkan ia tidak dapat lagi digunakan.
Beberapa laporan menyebut vaksin itu perlu disimpan pada suhu -20 darjah Celsius untuk memastikan ia boleh digunakan.
“Kami mendapat tahu 50 bebuli vaksin Moderna secara tidak sengaja telah dikeluarkan dari peti sejuk berkenaan, dan dibiarkan semalaman.
"Kami sangat kesal dengan perkara ini,” kata jurucakap Klinik Advocate Aurora Health, di Gaston, Wisconsin.
Jurucakap berkenaan memberitahu NBC, walaupun vaksin itu masih dalam tempoh 12 jam yang dibenarkan di luar proses penyejukan, ia terpaksa dihapuskan bagi memastikan kualitinya.
Vaksin Moderna tidak perlu disimpan di bawah suhu ekstrem seperti mana vaksin Pfizer-BioNTech, namun ia masih perlu diletakkan pada suhu di antara -25 dan -15 darjah Celsius.
Untuk rekod, satu dos vaksin Moderna dianggarkan berharga di antara AS$32 (RM130) dan AS$37 (RM150).
Topic Berkaitan
#vaksin
#Moderna
#petugas klinik
#alpa
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#pandemik
#bebuli vaksin
#Pfizer-BioNTech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan