DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Januari 2021.
Pfizer dan BioNTech dikatakan telah bersetuju untuk membekalkan vaksin COVID-19 buatan bersama kedua-dua syarikat farmaseutikal itu kepada skim akses vaksin COVAX yang diterajui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dubai menggantung sementara operasi pembedahan tidak penting selama sebulan, serta melarang aktiviti hiburan secara langsung di hotel dan restoran, susulan peningkatan kes mendadak di bandar Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.
Tegas Setiausaha Dalam Negeri UK, Priti Patel, ini termasuk tindakan mengadakan majlis sosial ketika wabak yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam.
Berita itu disahkan oleh jurucakap Los Blancos yang mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman web rasminya hari ini.
Kerajaan Jepun telah membuat keputusan untuk membatalkan Sukan Olimpik Tokyo akibat penularan wabak COVID-19, lapor The Times, memetik sumber seorang anggota kanan kerajaan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden merancang mengekalkan Christopher Wray sebagai Pengarah FBI, menurut Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki pada Khamis.
Usahawan bilionair dan ketua Tesla Inc, Elon Musk pada Khamis menawarkan hadiah bernilai AS$100 juta (RM400 juta) bagi sesiapa yang membangunkan teknologi terbaik untuk memerangkap pengeluaran karbon dioksida.
Sebuah ‘ladang’ ganja dalam bangunan diserbu pasukan polis London di kawasan bersejarah kota itu, lapor Reuters.
Sebuah helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis, meragut lima nyawa, lapor Agensi Berita Xinhua.
Sekumpulan pekerja yang terperangkap dalam lombong emas bawah tanah di China sejak 10 Januari lalu mungkin perlu menunggu 15 hari lagi sebelum diselamatkan.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#FBI
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Olimpik
#operasi
#Tokyo
#Pfizer
#BioNTech
#vaksin
#COVID-19
#sukan
#Dubai
#UAE
#terhempas
#Real Madrid