awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dunia 'tidak selamat' susulan tindakan AS keluar dari WHO - Ketua Pengarah WHO
Pendulang berlesen dibenar mendulang emas di Kelantan mulai 21 Januari
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat - MOF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London

Agensi
Agensi
22/01/2021
07:00 MYT
Semerbak... Polis serbu 'ladang' ganja dalam bangunan di tengah kota London
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England. - Reuters
LONDON:Sebuah ‘ladang’ ganja dalam bangunan diserbu pasukan polis London di kawasan bersejarah kota itu, lapor Reuters.
Akibat banyak bangunan yang kini kosong semasa tempoh sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, ada pihak yang mengambil kesempatan menanam pokok ganja.
Kes tersebut disifatkan yang pertama seumpamanya.
Polis London memberitahu, sejumlah 826 pokok ganja ditemui di dalam sebuah bangunan berdekatan bangunan Bank of England. Serbuan itu dilakukan kerana terdapat “bau kanabis yang kuat” dan tidak dapat dinafikan lagi.
"Ini merupakan ‘ladang’ dan kilang kanabis yang pertama di bandar raya ini. Tentunya ia lama dirancang memandangkan tidak ramai orang yang keluar buat masa ini dan mereka menyangka sebarang aktiviti mencurigakan tidak akan dikesan,” ujar polis dalam satu kenyataan.
London yang menjadi pusat pasaran insurans komersial terbesar dunia, selain bank dan pusat pengurusan dana, kini seumpama ‘bandar hantu’ sejak Mac tahun lalu. Kebanyakan pekerja telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja bagi mengelak penularan pandemik.
Di media sosial, ramai yang sudah membuat jenaka berkaitan lokasi penemuan ‘ladang’ ganja itu. Mereka berlawak tentang pekerja-pekerja Bank of England yang mungkin selama ini sangat ‘gembira’ menjalankan tugas di pejabat kerana aktiviti haram itu betul-betul di sebelah bangunan mereka.
Topic Berkaitan
#ladang ganja
#pokok ganja
#kanabis
#London
#polis London
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan