DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Januari 2021.
1) COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini lepasi 2.16 juta
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan angka kumulatif global kini berjumlah 100.65 juta.
2) COVID: Lelaki Malaysia antara tiga kes import baharu bergejala di Singapura
Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 26 tahun adalah antara tiga kes import baharu bergejala yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
3) COVID-19: Thailand rekod 756 kes baharu, sifar kematian
Thailand merekodkan 756 kes baharu dan sifar kematian sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu 16,221 dengan 76 kematian.
4) COVID-19: Vietnam perlu bersedia untuk 30,000 kes - Kerajaan
Vietnam perlu bersiap sedia untuk mendepani 30,000 kes baharu COVID-19, lapor media kerajaan negara itu yang memetik Ketua Jawatankuasa COVID-19, Vu Duc Dam.
5) COVID-19: Selepas dua bulan sifar kes, Vietnam catat 83 kes komuniti
Selepas dua bulan merekodkan sifar kes penularan COVID-19 dalam komuniti di Vietnam, sebanyak 83 kes positif tempatan dikesan di wilayah Hai Duong dan Quang Ninh, utara Vietnam.
6) Indonesia catat 476 lagi kematian akibat COVID-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam
Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 29,331 orang.
7) Warga Chongqing tonton filem rai Tahun Baru Cina
Susulan kawalan perjalanan akibat penularan baharu COVID-19, warga China dijangka memilih untuk ke pawagam bagi meraikan percutian Tahun Baharu Cina nanti.
8) 5 skandal rasuah terbesar dunia pada 2020
Biarpun dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan serta ‘lockdown’, skandal rasuah masih berleluasa di seantero dunia.
9) WEF: Syarikat kurang minat dalam pelaburan yang menghasilkan karbon - Bill Gates
Menurut hartawan terkemuka yang juga pengasas Breakthrough Energy, Bill Gates, syarikat-syarikat tersebut juga menjauhkan diri daripada pelaburan yang menghasilkan karbon.
10) Biden komited memastikan Indo-Pasifik terbuka
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bertekad untuk memastikan perdagangan di rantau Indo Pasifik kekal bebas dan terbuka.

#Singapura
#Vietnam
#Kementerian Kesihatan
#Tahun Baru Cina
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#Bill Gates
#pandemik
#angka korban
#kes positif
#COVID-19