BANGKOK:Thailand merekodkan 756 kes baharu dan sifar kematian sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu 16,221 dengan 76 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata daripada 756 kes baharu itu, 746 adalah jangkitan tempatan - 724 kes melalui pengesanan kes aktif termasuk 710 pekerja migran dan 14 warga Thailand manakala 22 kes adalah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan 10 lagi kes import.
"Penularan wabak terbaru di negara ini sejak pertengahan Disember yang merebak ke 63 wilayah. Bagaimanapun, 47 wilayah tiada kes baharu dalam tempoh tujuh hari yang lalu," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Apisamai berkata Samut Sakhon, wilayah di mana wabak itu bermula pada pertengahan Disember mencatatkan 8,080 kes COVID-19.
Sementara itu, Thailand akan terus mengkaji keberkesanan ekstrak herba tempatan, fah talai jone (Andrographis Paniculata) selepas terbukti berkesan memulihkan keadaan pesakit COVID-19 semasa ujian klinikal.
Ketua Pengarah Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand (DTAM), Dr Amporn Benjapholpitak berkata kajian rintis yang dijalankan mengenai penggunaan ekstrak fah talai jone bagi merawat pesakit, yang diuji positif COVID-19 dalam tempoh 72 jam menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.
Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh DTAM, Fakulti Perubatan Hospital Siriraj, Institut Penyelidikan Chulabhorn, Jabatan Sains Perubatan, Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan di Hospital Samut Prakan menunjukkan keadaan pesakit bertambah baik pada hari ketiga selepas mengambil 180 miligram ekstrak setiap hari.
"Gejala mereka seperti batuk, sakit tekak, kahak, hidung berair, sakit otot dan sakit kepala beransur-ansur bertambah baik. Tiada kesan sampingan ditemui - hati dan buah pinggang mereka berfungsi secara normal," katanya, memetik Bangkok Post.
Beliau menambah kajian fasa kedua akan merangkumi keberkesanannya dalam merawat pesakit COVID-19 serta kaedah rawatan standard.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 28 2021
Samut Sakhon, wilayah di mana wabak itu bermula pada pertengahan Disember mencatatkan 8,080 kes COVID-19. - REUTERS
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.