ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Mac 2021.

1. Vaksin COVID-19: Vietnam utamakan petugas kesihatan, diikuti guru dan warga emas

Vietnam memulakan kempen vaksinasi COVID-19 dengan sasaran memberi suntikan kepada sekurang-kurangnya separuh populasinya menjelang akhir tahun ini.

2. Thailand rancang singkatkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang mendapat vaksin

Thailand merancang untuk memendekkan tempoh kuarantin mandatori daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi pelawat yang telah mendapat vaksinasi untuk memasuki negara itu, bermula bulan depan.

3. Gempa 6.6 magnitud landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan

Satu gempa bumi kuat melanda New Zealand awal pagi ini.

Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu dikesan pada jam 7.35 pagi waktu tempatan (2.35 waktu Malaysia) di perairan timur negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya tsunami.

4. COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 117 juta, kes kematian 2.6 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 117 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

5. COVID-19: AS keluar garis panduan terhadap individu diberi vaksin penuh

Pasukan petugas khas COVID-19 White House mengeluarkan garis panduan baharu terhadap mereka yang telah diberikan vaksin sepenuhnya.

6. Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi

Temu ramah eksklusif Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan isterinya Meghan, catat jumlah penonton tertinggi sejak siaran Anugerah Oscar pada Februari 2020.

7. Wanita dibelasah suami hanya kerana minta bayar yuran sekolah anak

Seorang wanita dilapor dibelasah suaminya hanya kerana mengingatkan suspek untuk membayar yuran persekolahan anak sulung mereka.

8. Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori selepas dilanggar, isteri maut

Seorang penunggang motosikal sanggup berpaut pada pintu sebuah lori sejauh 11 kilometer selepas terlibat dalam kemalangan di Brazil.

9. Temu bual Harry-Meghan cetus persoalan tentang status Australia dan New Zealand sebagai republik

Pendedahan kontroversi oleh Duke dan Duchess of Sussex dalam temu bual bersama pengacara Oprah Winfrey yang disiarkan pada Isnin, mencetuskan persoalan tentang sistem pemerintahan beraja di beberapa negara yang masih bawah pimpinan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.

10. Setia seorang suami cari isteri yang hilang ketika tsunami 2011

Sehingga hari ini, Takamatsu telah menyelam sebanyak 470 kali yang mana aktiviti berkenaan dilakukan setiap minggu sejak tujuh tahun lalu.