ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 18 Mac 2021.

1. Vaksin COVID-19: PAHO syor penggunaan AstraZeneca

Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) mengesyorkan untuk terus menggunakan vaksin AstraZeneca sementara kajian lanjut dijalankan di Eropah.

2. Gempa bumi 6.0 magnitud landa utara Algeria

Pusat Seismological Eropah-Mediterranean dalam satu kenyataan berkata gegaran dikesan pada 00:04 GMT 24 kilometer di timur laut bandar Bejaia.

3. EU yakin imuniti kelompok berjaya dicapai hujung September

Kesatuan Eropah (EU) dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung September depan, ikrar pesuruhjayanya, Thierry Breton.

4. COVID-19: Angka kematian lepasi 2.67 juta, lebih 400,000 kes baharu di seluruh dunia

Lebih 400,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan di peringkat global menjadikan jumlah kes positif di seluruh dunia kini menghampiri 130 juta kes.

5. Kempen vaksin: EU kritik AstraZeneca, ancam kenakan larangan eksport

Episod pertikaian antara Kesatuan Eropah (EU) dan pengeluar vaksin masih berterusan dengan kali ini presiden Suruhanjaya Eropah mengkritik AstraZeneca kerana didakwa menjadi punca kelewatan kempen vaksin blok itu.

6. Vaksin COVID-19: EU saran sijil digital diberi tanpa diskriminasi

Kesatuan Eropah (EU) menyarankan sijil digital vaksin yang akan diperkenal bagi membuka semula sektor pelancongan, diberi kepada semua warganya tanpa diskiriminasi.

7. Presiden Tanzania John Magufuli meninggal dunia

Tanzania kehilangan presidennya apabila John Magufuli meninggal dunia di Dar es Salaam disebabkan komplikasi jantung.

8. Disangka 'gadis jelita' bermotosikal, rupa-rupanya...

Siapa yang tidak terpesona melihat raut wajah gadis jelita berusia 20an ini yang selesa mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.

9. Vaksin COVID-19 | UK negara paling pantas di EU beri suntikan

United Kingdom merupakan negara paling pantas di Eropah menggerakkan program vaksinasi bagi penduduknya. Sehingga Rabu, jumlah mereka yang sudah menerima sekurangnya satu suntikan dos vaksin mencecah 25 juta.

10. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia hampiri 130 juta

Lebih empat ratus ribu kes baharu COVID-19 dilaporkan di peringkat global. Ini menjadikan jumlah kes positif covid-19 global kini menghampiri 130 juta kes.