DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 26 Mac 2021.
Sekurang-kurangnya 32 orang maut manakala 66 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di bandar Sohag, Mesir pada Jumaat.
AS kembali salur bantuan kepada Palestin, sumbang $15 juta untuk kempen COVID-19
2. Amerika Syarikat (AS) memberikan dana AS$15 juta (kira-kira RM62 juta) kepada masyarakat rentan Palestin di Tebing Barat dan sempadan Gaza bagi membantu memerangi wabak COVID-19.
Proses vaksinasi COVID-19 perlu dilakukan dengan pantas dan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan pemulihan ekonomi berjalan seperti diunjurkan.
Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa dirinya kini boleh melakukan perjalanan jauh selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
Ketika banyak negara dunia sudah menjalankan program vaksinasi secara mega dan menikmati keberkesanannya, Brazil terus mencatat pertambahan angka kematian akibat COVID-19.
Presiden Joe Biden akan menghalang China daripada melepasi Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi negara paling berkuasa di dunia.
Dunia akan kembali normal pada akhir 2022, kata Bill Gates yang juga mengganggap COVID-19 adalah "tragedi luar biasa" dan satu-satunya berita baik adalah akses kepada vaksin.
Bekalan barangan, khususnya dari Eropah ke rantau ini mungkin terjejas buat sementara waktu berikutan insiden sebuah kapal kontena sepanjang 400 meter yang telah terkandas di Terusan Suez, kata Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung
Pemilik kapal kargo yang menghalang laluan di Terusan Suez, Mesir sejak Selasa memohon maaf atas gangguan dicetuskannya terhadap perdagangan global.
Karikatur Nabi Muhammad kembali digunakan sebagai proses pengajaran di sebuah sekolah di West Yorkshire, Britain sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Muslim tempatan serta bekas pelajarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami