awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2021
23:47 MYT
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Joe Biden ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media rasmi pertama beliau sebagai presiden AS di White House, Washington, 25 Mac, 2021. REUTERS
PRESIDEN Joe Biden akan menghalang China daripada melepasi Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi negara paling berkuasa di dunia.
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.
"Matlamat keseluruhan China adalah untuk menjadi negara terkemuka di dunia, negara terkaya di dunia, dan negara terkuat di dunia.
"Ia tidak akan berlaku di bawah pengawasan saya, kerana saya akan pastikan AS akan terus membangun," katanya pada sidang media di White House pada Khamis.
Jelasnya, beliau banyak menghabiskan masa bersama Presiden China, Xi Jinping semasa menjadi Naib Presiden sepanjang pentadbiran bekas presiden Barack Obama.
Beliau yakin Presiden China itu mempercayai autokrasi, dan bukannya demokrasi, yang menjadi kunci masa depan.
Presiden Demokrat itu turut menyatakan, beliau sudah menjelaskan kepada Xi Jinping bahawa Washington enggan berkonfrontasi namun menegaskan, China perlu mematuhi peraturan antarabangsa untuk persaingan dan perdagangan yang adil serta menghormati hak asasi manusia.
Biden mensasarkan Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin kerana pentadbirannya didakwa mengikut amalan autokrasi dan bukan demokrasi.
Kenyataan Biden menyusul beberapa hari selepas perbincangan peringkat tertinggi pertama antara pegawai AS dan China di bawah pentadbirannya di Alaska.
Pertemuan itu dibayangi ketegangan antara kedua-dua belah pihak dengan siri kenyataan umum yang dikeluarkan.
Sementara itu, Biden berkata, Washington akan bekerjasama dengan sekutunya untuk memastikan China bertanggungjawab dalam tindakannya terhadap Taiwan, Hong Kong, Laut China Selatan dan etnik minoriti Islam Uighur.
Biden turut merancang melancarkan cadangan infrastruktur multi-trilion dolar minggu depan bagi memastikan peningkatan pelaburan AS dalam menjanjikan teknologi baharu seperti pengkomputeran kuantum, kecerdasan buatan dan bioteknologi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#White House
#Washington
#Joe Biden
#etnik minoriti
#pelaburan
#ekonomi
#China
#Beijing
#Barack Obama
#Vladimir Putin
#Xi Jinping
#Hong Kong
#teknologi
#Uighur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan