Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 3, 2021 15:10 MYT
Berikut adalah antara berita luar negara yang menjadi tumpuan hari ini, Sabtu, 3 April 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 3 April 2021.
1. COVID-19: Kes positif global hampir 130 juta, korban lebih 2.83 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.59 juta kes.
2. Anggota polis maut, seorang lagi cedera dalam serangan di kompleks Capitol
Seorang pegawai polis maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di kompleks Capitol di Washington. Suspek berjaya ditembak mati sejurus selepas kejadian.
3. Perjanjian Nuklear 2015: AS-Iran mula rundingan tidak langsung
Amerika Syarikat dan Iran pada Jumaat mengumumkan akan memulakan rundingan tidak langsung dengan beberapa kuasa nuklear lain bagi membuka laluan untuk kedua-dua negara kembali ke meja rundingan.
4. Saintis temui bukti peristiwa letupan meteorit 430,000 tahun dahulu
Pasukan saintis antarabangsa menemui bukti baharu peristiwa meteoritik berketinggian rendah berlaku di Antartika 430,000 tahun yang lalu.
5. Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi memuat naik video ilustrasi berdurasi 2 minit yang menunjukkan antara ilham awal bagi perancangan bandar dan reka bentuk bangunan di lokasi baharu, dipercayai di Penajam Paser Utara itu.
6. COVID-19: Penerima vaksin dibenar lakukan perjalanan - CDC
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) membenarkan penerima vaksin penuh melakukan perjalanan selamat dengan risiko rendah.
7. COVID-19: India sees nearly 90,000 new cases
India on Saturday registered nearly 90,000 new COVID-19 cases, very close to the country's all-time from last September, Health Ministry figures showed.
8. Suez Canal shipping backlog to end on Saturday: Canal authority
The last ships stranded by the grounding of a giant container vessel in the Suez Canal should pass through the waterway on Saturday, according to the canal authority, which said an investigation into the incident would report its findings soon.
9. Empat petugas penyelamat antara lima maut runtuhan bangunan selepas kebakaran
Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.
10. Pereka fesyen terkenal Australia, Carla Zampatti meninggal dunia pada usia 78 tahun
Ikon fesyen Australia, Carla Zampatti, yang terkenal dengan hasil ilham bercorak elegan lebih setengah abad meninggal dunia pada usia 78 tahun di Sydney.
#berita pilihan #berita global #berita antarabangsa #berita tumpuan #Astro Awani #COVID-19 #Joko Widodo #Amerika Syarikat