awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat petugas penyelamat antara lima maut runtuhan bangunan selepas kebakaran

Bernama
Bernama
03/04/2021
13:06 MYT
Empat petugas penyelamat antara lima maut runtuhan bangunan selepas kebakaran
Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran. - Gambar REUTERS
BANGKOK: Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.
Menurut laporan media, anggota polis dan bomba bekejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dan mengambil masa sejam untuk memadam kebakaran.
Bagaimanapun, menurut laporan itu, ketika usaha memadam selesai dan usaha menyelamatkan penghuni dijalankan, secara tiba-tiba bangunan itu runtuh.
Menurut laporan awal pihak berkuasa, lima mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bangunan; empat daripadanya adalah anggota penyelamat dan seorang adalah pemilik rumah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#runtuhan bangunan
#penyelamat
#kebakaran
#Bangkok
#oromratchonnanee Road
#Thawi-Watthana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan