awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
15:48 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad 18 April 2021.
1. Ahmad Ashkar, pemuda Palestin dan misi menjadikan dunia lebih baik
Beliau mengasaskan Yayasan Hult Prize untuk membimbing dan menginspirasi anak muda menjadi pemimpin hebat dan mengubah dunia menjadi lebih baik.
2. Putera Philip | Tamat tempoh berkabung seluruh negara
Bendera Union Jack kembali dinaikkan semula hari ini selepas 10 hari berkibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan buat pemergian Putera Philip. Bendera Union Jack dilihat dinaikkan sepenuhnya di Istana Buckingham dan di Downing Street di London pada Ahad menandakan tempoh berkabung seluruh negara berakhir.
3. Pemakaman Putera Philip | Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh UK memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu. Mereka turut meluangkan masa bersama untuk menonton Istiadat Pemakaman Duke of Edinburgh yang disiarkan secara langsung.
4. Kecoh selepas seorang lelaki menjerit dan terus berbogel dalam pesawat AirAsia
Penumpang pesawat AirAsia menuju ke New Delhi cemas seketika apabila seorang lelaki mendakwa terdapat bom di dalam jaket keselamatan yang dipakainya.
5. Negara pengeluar vaksin COVID-19 terbesar dunia kini kekurangan bekalan di tempat sendiri
India sebagai negara pengeluar vaksin COVID-19 terbesar dunia kini mengalami kesukaran untuk menyediakan dos yang mencukupi bagi penduduknya, selepas negara itu dilanda gelombang kedua pandemik berkenaan.
6. Lima anggota tentera maut dalam nahas helikopter di Peru
Sekurang-kurangnya lima anggota tentera Peru terbunuh dalam nahas helikopter pada Sabtu pagi.
Menurut jurucakap Angkatan Bersenjata Peru (CCFFAA), kemalangan berlaku ketika helikopter yang membawa 12 anggota tentera itu sedang melakukan operasi pengintipan penyeludupan dadah.
7. 2 wanita maut dirempuh gara-gara berita palsu tsunami
Dua wanita di Indonesia dilapor meninggal dunia setelah dirempuh penduduk yang panik dengan berita kehadiran tsunami di kawasan mereka.
8. Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.
9. Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Pihak berkuasa kesihatan Rio de Janeiro, Brazil memulakan program vaksinasi terhadap golongan pendidik buat pertama kalinya pada Sabtu.
10. Rundingan nuklear Iran menunjukkan perkembangan positif
Timbalan Menteri Luar Iran, Abbas Araghachi mendedahkan rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia menunjukkan perkembangan baik.
Topic Berkaitan
#berita antarabangsa
#berita pilihan
#berita luar negara
#COVID-19
#UK tamat tempoh berkabung
#bendera Union Jack
#Putera Philip
#AirAsia
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan