awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Ashkar, pemuda Palestin dan misi menjadikan dunia lebih baik

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
18/04/2021
12:29 MYT
Ahmad Ashkar, pemuda Palestin dan misi menjadikan dunia lebih baik
Ikuti bicara santai bersama Ashkar dalam Leaders Speakeasy yang dihoskan oleh Rizal Zulkipli dan Rozina Aziz pada 20 April ini, jam 9.30 malam.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI | Learn, Interact, Network dan Create (LINC) meneruskan perkongsian ilmiah bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hult Prize, Ahmad Ashkar dalam Leaders Speakeasy.
Ashkar akan berkongsi mengenai dirinya dan usaha yayasan diasaskannya pada 2009 itu dalam menganjurkan pertandingan tahunan melibatkan pelajar universiti di seluruh dunia dengan mengumpulkan idea dan pemikiran untuk menangani masalah sosial yang berlaku di sekeliling melibatkan akses makanan, air bersih, tenaga serta pendidikan.
Beliau turut berkongsi bagaimana ia bertindak sebagai platform bagi membimbing, menginspirasi dan melahirkan anak muda untuk menjadi pemimpin hebat, sekali gus mengubah dunia menjadi lebih baik.
Dalam pada itu, turut dikenali sebagai usahawan sosial, beliau adalah pengasas Falafel Inc., iaitu sebuah perniagaan makanan yang diilhamkan daripada tempat kelahirannya, Palestin yang didirikan di Washington, D.C.
Falafel Inc. bekerjasama dengan World Food Program yang merupakan sebuah organisasi makanan kemanusiaan dan menyampaikan bantuan kepada pelarian di seluruh dunia.
Ingin kenali lebih dekat figura hebat ini? Ikuti bicara santai bersama Ashkar dalam Leaders Speakeasy yang dihoskan oleh Rizal Zulkipli dan Rozina Aziz pada 20 April ini, jam 9.30 malam.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com.
Anda juga boleh menonton bual bicara ini melalui laman web, aplikasi dan Facebook Astro AWANI.
Leaders Speakeasy merupakan program digital baharu Astro AWANI membincangkan pelbagai topik merangkumi perniagaan, isu kebangsaan, kesihatan, politik, usahawan dan dunia.
Jangan lupa janji temu kita pada 20 April ini, jam 9.30 malam.
Jangan lupa janji temu kita pada 20 April ini, jam 9.30 malam.
Topic Berkaitan
#Ahmad Ashkar
#Hult Prize Foundation
#Falafel Inc
#kemanusiaan
#usahawan
#pelarian
#Palestin
#Leaders Speakeasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan