Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 19, 2021 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 19 Mei 2021.
1. Konflik Asia Barat | Sikap berpeluk tubuh PBB korbankan lebih banyak nyawa
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyelar badan dunia itu susulan kegagalannya membuat Israel patuh kepada arahan global untuk mengakhiri pencerobohan ke atas bumi Palestin.
2. Serangan Israel | Israel menggila, lebih 40 serangan dilancar
Serangan antara lain menyasarkan Rafah dan Khan Younis. Selepas serangan, Israel bertindak menutup beberapa lintasan utama ke Gaza.
3. Sistem penjagaan kesihatan Gaza? Di ambang kehancuran!
Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran.
4. COVID-19: Singapura nafi laporan mengenai 'Varian Singapura'
Tiada 'varian Singapura', kata Kementerian Kesihatan negara itu sekali gus menafikan beberapa laporan berita di India yang mengatakan terdapat varian baharu di Singapura.
5. COVID-19: Kanak-kanak rakyat Malaysia dikaitkan dengan kluster baharu di Singapura
eorang kanak-kanak Malaysia berusia tujuh tahun adalah satu daripada dua kes baharu COVID-19 yang dikaitkan dengan kluster baharu di sini, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
6. 'Israel akan tumbang, dengan syarat...'
Bagaimana agaknya hidup sebagai penduduk Tebing Barat? Tidak ada bezanya dengan keadaan penduduk kulit hitam Afrika Selatan ketika mereka dijajah oleh rejim aparteid, kata Muslim Imran.
7. Kes COVID-19 melonjak: Pelajar Singapura manfaat 'Student Learning Space', belajar di rumah sepenuhnya
Singapura mengaktifkan kembali pembelajaran di rumah (HBL) pada Rabu sehingga 28 Mei depan susulan lonjakan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat di negara itu.
8. Penduduk di New York adakan tunjuk perasaan bantah serangan Israel terhadap Palestin di Gaza
Ratusan penunjuk perasaan sambil mengibarkan bendera Palestin dan memakai selempang "keffiyeh", berhimpun di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York pada Selasa.
9. Vaksin COVID-19: Golongan muda AS digesa segera dapatkan suntikan
Ini kerana menurut penasihat COVID-19 White House, Andy Slavitt, orang ramai berkemungkinan berdepan kesan jangka masa panjang selepas dijangkiti COVID-19 sekiranya tidak divaksin.
10. Pelepasan Karbon: Pesawat Air France terbang ke Kanada guna minyak masak terpakai
Langkah itu sebagai usaha syarikat penerbangan berkenaan mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon rendah.
#PBB #Israel #Gaza #Afrika Selatan #Palestin #Singapura #India #New York #Malaysia #COVID-19 #vaksin #Kementerian Kesihatan #protes #Air France