awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Golongan muda AS digesa segera dapatkan suntikan

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2021
04:10 MYT
Vaksin COVID-19: Golongan muda AS digesa segera dapatkan suntikan
Beliau menggesa golongan muda untuk terima suntikan vaksin walaupun mereka berisiko rendah berbanding golongan rentan. - Foto ETX Studio
WASHINGTON: Golongan belia dan anak muda di Amerika Syarikat digesa untuk segera mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
ini kerana menurut penasihat COVID-19 White House, Andy Slavitt, orang ramai berkemungkinan berdepan kesan jangka masa panjang selepas dijangkiti COVID-19 sekiranya tidak divaksin.
Menceritakan kembali pengalamannya, Slavitt memaklumkan anaknya yang dijangkiti COVID-19 tahun lalu mengalami kesan jangka panjang kerana masih belum mendapatkan suntikan vaksin.
Justeru itu beliau menggesa golongan muda untuk terima suntikan vaksin walaupun mereka berisiko rendah berbanding golongan rentan.
"Mesej saya kepada anak muda sangat muda iaitu dapatkan suntikan vaksin. Sama ada pelajar institusi pengajian tinggi, atau pelajar sekolah menengah mahupun pelajar kolej, dapat suntikan vaksin dengan segera. "Ini merupakan perkara paling penting anda harus lakukan ketika ini," katanya.
Kata Slavitt, program vaksinasi menyaksikan penurunan dramatik kes harian dan rawatan di hospital serta kadar kematian.
Jelasnya buat kali pertama sejak bermulanya pandemik, kes COVID-19 menunjukkan penurunan di 50 negeri Amerika Syarikat.
Ketika ini, kajian lanjut berkenaan kesan jangka panjang COVID-19 atau 'Long COVID'sedang diteliti pihaknya.
BACA: 'Long COVID': Bekas pesakit alami simptom susulan sehingga empat minggu
Namun laporan awal memaklumkan bekas pesakit COVID-19 mengalami 'Long COVID' sebagai kesan sampingan dijangkiti virus itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#kes sampingan
#suntikan
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan