awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk di New York adakan tunjuk perasaan bantah serangan Israel terhadap Palestin di Gaza

Bernama
Bernama
19/05/2021
04:38 MYT
Penduduk di New York adakan tunjuk perasaan bantah serangan Israel terhadap Palestin di Gaza
Sebahagian daripada penyokong pro-Palestin yang melakukan bantahan di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York pada Selasa. - Reuters
NEW YORK: Penduduk New York City berhimpun di jalan-jalan raya di pusat bandar Manhattan sebagai membantah serangan udara Israel di Gaza, lapor Sputnik.
Ratusan penunjuk perasaan sambil mengibarkan bendera Palestin dan memakai selempang "keffiyeh", berhimpun di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York pada Selasa.
"Dari sungai ke laut - Palestin akan bebas," teriak seorang daripada ketua penunjuk perasaan. Mereka membawa bersama pelbagai jenis sepanduk antaranya "Berhenti bom kanak-kanak yang tidak bersalah", "Bebaskan Palestin", "Palestine will never die", "Tamatkan semua bantuan AS kepada Israel".
Turut kelihantan kehadiran ramai anggota polis di sekitar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak tidak jauh dari lokasi tunjuk perasaan.
Peaceful Protests Held For Palestine Yesterday Across Many Major Cities Around The World Such As Toronto, New York, London & Chicago! #FreePalestine pic.twitter.com/BYupUJaRy1
— SFTY Network! (@SFTYNetwork) May 17, 2021
Seorang pengawal keselamatan berkata kawalan diperketat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan penunjuk perasaan akan menyerbu bangunan pertubuhan badan dunia itu.
Majlis Keselamatan PBB telah dikritik hebat, termasuk Duta Palestin untuk PBB Riyad Mansour, kerana gagal mengadakan gencatan senjata di Timur Tengah.
Selepas tiga kali mesyuarat dalam masa seminggu, Majlis Keselamatan PBB masih dilihat gagal memainkan peranannya apabila Amerika Syarikat terus menyekat sebarang pernyataan berhubung keganasan di Gaza.
Pertempuran terbaru meletus minggu lalu berikutan keganasan melampau rejim Israel terhadap penduduk Palestin di wilayah yang diduduki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#protes
#Bantahan
#New York
#Israel
#Gaza
#Manhattan
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan