ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 23 Julai 2021.
1. COVID-19: Filipina sahkan jangkitan tempatan babitkan varian Delta
Jabatan Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan negara ini mula mengesan kes jangkitan tempatan membabitkan varian Delta.
2. Varian Delta: NZ, Australia gantung gelembung perjalanan
New Zealand menggantung gelembung perjalanannya dengan Australia, selepas negara itu dilanda gelombang baharu jangkitan Varian Delta.
3. Vaksin COVID-19: CDC kaji keperluan dos ketiga buat pesakit sistem imun
Penasihat Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat akan mempertimbangkan bukti yang menunjukkan dos tambahan penggalak vaksin COVID-19 dapat meningkatkan perlindungan dalam kalangan orang yang mempunyai daya tahan tubuh yang rendah.
4. Kajian buktikan vaksin AstraZeneca, Pfizer berupaya lawan varian Delta
Dua dos vaksin COVID-19 Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan dalam melawan varian Delta seperti mana ia berkesan terhadap varian Alpha, lapor agensi berita Reuters yang merujuk kepada kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.
5. COVID-19: Kesan terhadap kesihatan mental berpanjangan - WHO
Kesan pandemik COVID-19 terhadap kesihatan mental dijangka akan berpanjangan dan dalam tempoh lama.
6. Banjir di Eropah: Konsulat Malaysia di Liege, Belgium selamat
Konsulat Kehormat Malaysia di Liege, Belgium tidak terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu sejak seminggu lalu, demikian disahkan sumber dari Kedutaan Malaysia di Belgium.
7. Olimpik 2020: Masih mengundang bantahan penduduk Tokyo
Beberapa jam sebelum upacara pembukaan sukan Olimpik, sekumpulan penduduk Tokyo masih belum berputus asa menentang penganjuran temasya sukan itu.
8. COVID-19: Biden kekalkan keputusan pemakaian pelitup muka
Presiden Joe Biden menegaskan bahawa pentadbirannya mengikuti nasihat pegawai kesihatan dan tiada keputusan dibuat dalam merubah panduan memakai pelitup muka.
9. Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Jonson dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen gagal mencapai kesepakatan mengenai tuntutan UK untuk menstruktur semula peraturan pasca Brexit di Ireland Utara.
10. COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 192.3 juta, korban 4.13 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 192.3 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Astro Awani
Fri Jul 23 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga petrol, diesel kekal hingga 11 Okt
Berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, RON97 kekal pada harga RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

Letupan di kilang penapisan minyak haram di Nigeria ragut 37 nyawa
Letupan di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang-kurangnya 37 nyawa pada Selasa.
Niaga AWANI: PMKS: Siap siaga adaptasi ESG, penuhi keperluan agenda kelestarian global
Menurut pakar, tahap kesedaran asas PKS tempatan terhadap keperluan ESG masih rendah. Rangka kerja i-ESG bertindak sebagai panduan bagi mendepani permintaan pelanggan luar negara.
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara
Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia.
Niaga AWANI: Sarawak komited jadi peneraju ekonomi digital
Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 menetapkan bagaimana Sarawak akan menjamin masa depannya sebagai kuasa ekonomi digital dan masyarakat berteknologi dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Niaga AWANI: Indeks Bursa Malaysia dibuka 2.10 mata lebih rendah
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sedikit lemah pada Rabu mengambil petunjuk daripada turun naik semalaman di Wall Street dengan indeks utamanya turun 0.29 peratus.
Niaga AWANI: Kerajaan jimat sekitar RM9 bil setahun
Kerajaan memberi bayangan pasaran akan teruja dengan Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada 13 Oktober depan.
Niaga AWANI: Import minyak masak merosot 19 peratus pada Sept
India membeli minyak sawit terutamanya dari Indonesia, Malaysia dan Thailand.
15 perwakilan Malaysia ke luar negara terima watikah
Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara.

Biden tandatangan rang undang-undang perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Langkah itu dibuat selepas Senat AS meluluskan rang undang-undang, dengan undian 88-9 menyaksikan sokongan dwipartisan.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.

Biden mengadakan rundingan penting dengan Presiden Ukraine
AS menyokong keamanan yang adil dan berkekalan, yang menghormati kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, Presiden Joe Biden.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu perang jadi tumpuan apabila Biden, Zelenskyy berucap pada UNGA
Joe Biden dan Volodymyr Zelenskyy akan berucap kepada pemimpin dunia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) minggu ini.

Perbicaraan Trump tidak akan bermula pada Oktober - Hakim
Perkara itu disahkan hakim dalam keputusan yang membenarkan bekas Presiden AS itu dibicarakan selepas perbicaraan dua bekas peguamnya.

Speaker Dewan Perwakilan AS gesa siasatan pendakwaan terhadap Biden
McCarthy berkata siasatan Jawatankuasa Pemantauan Dewan menemui "budaya rasuah" dalam kalangan ahli keluarga Biden ketika Republikan menyiasat urusan perniagaan anaknya, Hunter Biden.

Biden lawat Vietnam untuk tingkat hubungan ke peringkat tertinggi
Presiden AS Joe Biden dijangka tiba di Hanoi pada petang Ahad untuk mengukuhkan hubungan dengan Vietnam.

"Undian pendakwaan terhadap Biden mungkin diadakan pertengahan September" - Ahli Kongres AS
Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat mungkin mengadakan undian untuk mendakwa Presiden Joe Biden menjelang pertengahan September.

Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.