awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 192.3 juta, korban 4.13 juta

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2021
22:19 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 192.3 juta, korban 4.13 juta
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 79,000 kes korban. - Foto fail/Facebook/Noor Hisham Abdullah
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 192.3 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.26 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.25 juta kes dan Brazil dengan hampir 19.4 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom.
Argentina, Colombia dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 3.03 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.5 juta dan Malaysia dengan lebih 900,000 kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 450,000 dan lebih 63,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 4.13 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 610,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 545,000 kes, India lebih 418,000 kes dan Mexico dengan lebih 237,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 79,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 26,000 diikuti Malaysia.
Thailand pula mencatatkan lebih 3,000 kes kematian akibat COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan