MANILA: Jabatan Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan negara ini mula mengesan kes jangkitan tempatan membabitkan varian Delta.

"Hasil analisis filogenetik yang dilakukan Pusat Genom Filipina, Universiti Filipina dan Biro Epidemiologi Kementerian Kesihatan mendapati kini terdapat kes tempatan membabitkan varian Delta," kata DOH dalam satu kenyataan.

Menurut Xinhua, Filipina telah mengesan 47 kes varian Delta di negara itu setakat ini, lapan adalah kes aktif manakala tiga pesakit meninggal dunia.

Filipina pertama kali mengesan varian Delta melalui sampel yang diambil daripada rakyatnya yang baru pulang dari luar negara.

-- BERNAMA