awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Biden kekalkan keputusan pemakaian pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2021
22:51 MYT
COVID-19: Biden kekalkan keputusan pemakaian pelitup muka
Panduan semasa COVID-19 ketika ini tidak mewajibkan individu yang telah menerima vaksin lengkap memakai pelitup muka. - Foto fail/AP Newsroom
WASHINGTON: Presiden Joe Biden menegaskan bahawa pentadbirannya mengikuti nasihat pegawai kesihatan dan tiada keputusan dibuat dalam merubah panduan memakai pelitup muka.
White House dan Pegawai Kesihatan Awam telah berbincang sama ada untuk mengemas kini panduan pelitup muka ekoran daripada lonjakan kes jangkitan COVID-19.
"Kami mengikuti sains. Apa yang berlaku sekarang adalah operasi berlandaskan sains di negara ini.
"Ketika ini terdapat kluster dalam kalangan mereka yang tidak divaksin.
"Sekiranya anda disuntik vaksin, anda selamat. Sekiranya anda disuntik vaksin, anda mempunyai peluang lebih dari 98% untuk tidak menerima virus sama sekali," Biden berkata demikian dalam perbincangan mengenai pelan infrastrukturnya.
Setiausaha Akhbar Jen Psaki sebelum ini menegaskan bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang membuat keputusan berkaitan kesihatan awam dan bukannya White House.
Panduan semasa COVID-19 ketika ini tidak mewajibkan individu yang telah menerima vaksin lengkap memakai pelitup muka.
Sementara mereka yang tidak divaksinasi harus terus memakainya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pelitup muka
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan