Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Arena
Ogos 5, 2021 15:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 5 Ogos 2021.
1. Vaksin COVID-19: WHO cadang pemberian 'booster' dihentikan seketika
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pemberian dos penggalak atau 'booster' COVID-19 dihentikan buat sementara waktu.
2. COVID-19: Lebih baik derma lebihan vaksin, berbanding dos ketiga - PAHO
Pandangan sama dikongsi Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO). Agensi itu gesa lebihan dos vaksin COVID-19 didermakan kepada negara membangun berbanding menggunakannya untuk dos penggalak atau booster shot.
3. COVID-19: UK tawar vaksin kepada remaja 16, 17 tahun
United Kingdom (UK) akan menawarkan vaksin koronavirus kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun dalam beberapa minggu akan datang.
4. COVID-19: Sektor kesihatan, pelancongan di Thailand tenat
Kerugian yang dihadapi oleh sektor pelancongan di Thailand dilihat seperti tiada titik noktah ketika ini.
5. COVID-19: Kes positif global cecah 200 juta, korban 4.25 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 200 juta kes.
6. COVID-19: China ketatkan kawalan susulan 71 kes baharu
China terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan sekatan di beberapa wilayah dan bandar susulan pengesanan kes COVID-19.
7. COVID-19: Cuba catat kematian harian tertinggi
Pihak berkuasa kesihatan Cuba melaporkan 98 lagi kematian akibat COVID-19 pada Rabu.
8. COVID-19: Polisi kuarantin di rumah timbulkan reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Jepun
Rakat Jepun menyuarakan reaksi berbeza susulan keputusan kerajaan memperkenalkan polisi baharu yang membenarkan pesakit COVID-19 berisiko rendah dikuarantin di rumah dan bukan di hospital.
9. Vaksin COVID-19: Sinovac perluaskan penghasilkan vaksin di Chile
Chile akan memulakan proses pembotolan dan pembungkusan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac.
10. Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang
Thailand melarang penggunaan krim pelindung matahari dikatakan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan terumbu karang di taman marin negara itu.
#COVID-19 #United Kingdom #Thailand #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #WHO #booster #Pan Amerika #PAHO #pelancongan #Chile #terumbu karang #Jepun #kuarantin #Cuba