awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: WHO cadang pemberian 'booster' dihentikan seketika

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2021
00:25 MYT
Vaksin COVID-19: WHO cadang pemberian 'booster' dihentikan seketika
WHO berpendapat tiada yang selamat sehingga semua individu divaksin. - Foto fail/AP/Pavel Golovkin
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pemberian dos penggalak atau 'booster' COVID-19 dihentikan buat sementara waktu.
Ini sebagai usaha membantu negara-negara berpendapatan rendah yang masih kekurangan dos vaksin.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat rayuan itu terutama kepada negara-negara kaya ketika wujud jurang yang ketara dalam kadar pemberian vaksin dengan negara-negara miskin.
Katanya, negara-negara kaya telah memberikan sekitar 100 dos vaksin COVID-19 untuk setiap 100 orang secara purata.
Sementara negara-negara berpendapatan rendah hanya mempunyai bekalan 1.5 dos pada setiap 100 orang.
Sedangkan kata beliau, belum ada penemuan saintifik suntikan tambahan vaksin kepada penerima lengkap dua dos berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.
Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berulang kali meminta negara-negara kaya untuk meningkatkan usaha pemberian vaksin kepada negara membangun.
WHO berpendapat tiada yang selamat sehingga semua individu divaksin.
Kelewatan vaksin hanya akan mencetus kemungkinan kemunculan varian baharu dan memanjangkan krisis global memerangi pandemik.
Penasihat Khas Ketua Pengarah WHO, Dr Bruce Aylward berkata, moratorium berkenaan sebagai rayuan kepada negara kaya tidak menggunakan dos tambahan sehingga seluruh dunia mendapat vaksin yang adil.
"Seperti yang telah kita lihat daripada kemunculan varian demi varian, kita tidak dapat melepaskan diri kecuali seluruh dunia keluar daripadanya.
"Oleh itu, ini adalah seruan sekali lagi, untuk kesatuan global mencapai liputan yang kita perlukan bagi memberikan kesan kesihatan awam yang paling besar dan mengeluarkan dunia daripada krisis ini secepat mungkin," katanya.
Israel, Perancis, Jerman dan banyak negara timur tengah telah mula mengatur suntikan tambahan manakala Amerika Syarikat dan Britain sedang mempertimbangkannya susulan penularan varian Delta.
Pegawai WHO mengulangi seruan mereka untuk solidariti global membantu memerangi wabak COVID-19 dan meminta negara-negara dan syarikat kaya untuk membantu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#WHO
#suntikan penggalak
#booster
#Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus
#negara miskin
#negara kaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan