awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK tawar vaksin kepada remaja 16, 17 tahun

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2021
23:20 MYT
COVID-19: UK tawar vaksin kepada remaja 16, 17 tahun
Pemberian vaksin jenis Pfizer kepada kumpulan remaja berusia 16 dan 17 tahun ini tidak memerlukan persetujuan ibu bapa. -Gambar fail
LONDON: United Kingdom (UK) akan menawarkan vaksin koronavirus kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun dalam beberapa minggu akan datang.
Ini susulan perubahan saranan daripada jawatankuasa bersama mengenai vaksinasi dan imunisasi berhubung perkara tersebut.
Pemberian vaksin jenis Pfizer kepada kumpulan remaja berusia 16 dan 17 tahun ini tidak memerlukan persetujuan ibu bapa.
Dianggarkan 1.4 juta remaja di seluruh UK layak untuk mendapatkan vaksin koronavirus.
COVID-19 | UK tawar vaksin kepada remaja 16,17 tahun
Walaupun telah diluluskan penggunaan vaksin untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas, namun setakat ini hanya remaja 16 dan 17 tahun sahaja yang bakal mendapat vaksin.
Terdapat permintaan yang semakin meningkat agar usaha vaksinasi diperluaskan berikutan lonjakan jangkitan pada musim panas akibat varian Delta.
UK masih ketinggalam berbanding negara Eropah lain seperti Perancis dan Jerman yang telah memberikan vaksin kepada kanak-kanak 12 tahun ke atas.
Sekolah di seluruh UK ditutup untuk cuti musim panas dengan kebanyakan dibuka semula pada awal September.
Usaha vaksinasi yang diperluas itu selepas terdapat bukti bahawa kadar vaksinasi golongan dewasa muda semakin perlahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Ini mendorong kerajaan Britain menawarkan beberapa insentif kepada penerima vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#Britain
#United Kingdom
#Pfizer
#koronavirus
#sekolah
#persetujuan ibu bapa
#vaksinasi
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan