DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 26 September 2021.
Bapanya, Joseph Petito memaklumkan seluruh keluarga sangat berterima kasih dengan sokongan yang diterima selepas tragedi yang menimpa anak gadis mereka itu.
Malaysia masih tidak iktiraf kerajaan Taliban namun tetap salurkan bantuan kemanusiaan - Saifuddin
2. Malaysia masih belum mengiktiraf kerajaan Taliban yang baharu dibentuk di Afghanistan dan masih melakukan penilaian sewajarnya terhadap negara tersebut.
Kejayaan Maryam Muzamir mengharumkan nama negara dengan tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada, bulan lepas mendapat perhatian program bual bicara terkenal, The Late Late Show with James Corden terbitan stesen CBS di Amerika Syarikat.
Sekurang-kurangnya tiga maut dan beberapa lagi individu cedera selepas kereta api dinaiki mereka tergelincir di Montana, pada Sabtu.
Seorang lelaki di China meninggal dunia selepas mengalami kecederaan di bahagian hati dipercayai akibat meneguk sejenis minuman soda sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 10 minit baru-baru ini.
LAPAN terbunuh dalam kejadian letupan kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan sebelum memasuki perkarangan Istana Presiden di Somalia.
Vietnam merancang untuk mengurangkan sekatan COVID-19 dan membenarkan perniagaan memulakan semula operasi.
BEKAS kolonel tentera Rwanda yang dituduh mendalangi pembunuhan 800,000 orang semasa pembunuhan beramai-ramai tahun 1994 telah meninggal dunia di penjara Mali.
Lapangan terbang di La Palma, sebuah pulau di Sepanyol, terpaksa ditutup akibat letusan gunung berapi yang semakin kuat.
Drama ekstradisi yang memburukkan hubungan antara China dan Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir selepas Ketua Kewangan Huawei (CFO), Meng Wanzhou akhirnya dibebaskan setelah mencapai perjanjian dengan pendakwa raya di Washington pada Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami