DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 8 Oktober 2021.
Perkhidmatan kereta api di Tokyo masih mengalami gangguan pada Jumaat, sehari selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda bandar raya itu.
Pandora Papers: Menteri Luar Jordan nafi wujud salah laku
2. Menteri Luar Jordan menegaskan pembelian hartanah oleh Raja Abdullah bernilai AS$106 juta di luar negara bukanlah satu rahsia
Perdebatan sama ada penggunaan laman media sosial adalah selamat atau sebaliknya kembali tercetus selepas tiga platform gergasi mengalami gangguan tempoh hari.
Syarikat Pfizer BioNTech mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) untuk memohon penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 keluaran mereka kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
Britain akan memansuhkan syarat kuarantin COVID-19 untuk pengembara dari 47 destinasi termasuk Afrika Selatan, Thailand, India dan Turki.
India akan membuka semula pintu sempadannya buat pelancong bermula 15 Okt ini setelah ditutup lebih setahun susulan pandemik COVID-19.
Kadar jangkitan koronavirus di Sepanyol turun di bawah 50 kes setiap 100,000 orang pada Khamis.
Sebuah kapal selam bertenaga nuklear milik Tentera Amerika Syarikat (AS) terlanggar sesuatu objek tidak dikenali di Laut China Selatan pada 2 Oktober lalu.
Dialog Rusia-Amerika Syarikat (AS) mengenai peluru berpandu dan kestabilan strategik memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang bermakna dalam perkara ini, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov pada Rabu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran usaha vaksinasi di negara maju boleh musnah tanpa pengedaran vaksin global yang lebih baik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami