awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2021
15:55 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 November 2021.
1. COVID-19 | Shanghai Disneyland ditutup selepas kesan satu kes
Disneyland Shanghai ditutup pada Ahad selepas satu kes baharu COVID-19 dikesan. Susulan itu ujian pengesanan besar-besaran melibatkan lebih 33,000 pengunjung dan pekerja turut dilakukan.
2. Penerbangan | Pesawat elektrik pertama rentasi Selat Cook
Juruterbang dan pengasas ElectricAir, Gary Freedman mencipta sejarah apabila berjaya menerbangkan pesawat elektriknya merentasi Selat Cook di New Zealand. Menariknya, ketika mengemudikan pesawat berkenaan, dia sedar bilah angin turbin pesawat itu dapat menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui.
3. Pandemik COVID-19 | Thailand mula terima pelancong asing pada Isnin
Thailand membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing pada Isnin buat pertama kali sejak 18 bulan lalu. Ini sebahagian usaha untuk merancakkan ekonomi negara itu yang bergantung kepada sektor pelancongan.
4. Sidang G20 | Itali ganda komitmen kewangan iklim negara miskin
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi berkata negaranya akan menggandakan komitmen terhadap kewangan iklim bagi negara-negara miskin kepada $1.4 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang. Draghi membuat pengumuman itu pada akhir Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Rome.
5. Sidang Kemuncak G20 berakhir dengan komitmen pemimpin atasi cabaran global
Sidang Kemuncak G20 yang melabuhkan tirainya pada Ahad meluluskan deklarasi mengesahkan peranan penting multilateralisme dan kerjasama antarabangsa dalam mengatasi cabaran global yang dicetuskan pandemik COVID-19.
6. PM Macedonia Utara Zoran Zaev umum letak jawatan berikutan kekalahan partinya
Perdana Menteri Macedonia Utara Zoran Zaev mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan pengerusi parti Kesatuan Demokratik Sosial Macedonia (SDSM) selepas kekalahan parti itu pada pusingan kedua pilihan raya tempatan.
7. 9 anggota bomba maut dalam kejadian runtuhan gua di Brazil
Sembilan anggota bomba maut manakala seorang lagi diselamatkan dalam kejadian runtuhan gua di Sao Paulo, Brazil pada Ahad, menurut pihak berkuasa.
8. Setiausaha akhbar White House Jen Psaki positif COVID-19
Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki pada Ahad berkata beliau telah disahkan positif COVID-19. Psaki sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dan hanya mengalami gejala ringan.
9. COVID-19: China giat hentikan penularan dalam komuniti
Menurut laporan stesen televisyen tempatan CCTV, ribuan pelancong di Mongolia diarah menjalani kuarantin dua minggu di hotel masing-masing susulan penemuan kes baharu di kawasan tersebut.
10. Kedutaan di Bangkok edar pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia
Bagi menyemarakkan semangat "Keluarga Malaysia" dan memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 4 Nov, Kedutaan Malaysia di Bangkok pada Ahad mengedarkan kira-kira 100 set pek "Deepevali Delight" kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di bandar raya ini.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Brazil
#China
#Itali
#New Zealand
#Thailand
#Deepavali
#White House
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan