ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.

1. Varian baharu: WHO bimbang tindakan kenakan larangan perjalanan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi peringatan kepada negara-negara yang melaksanakan larangan perjalanan susulan penemuan varian baharu COVID-19.

2. Varian baharu: Perancis, Arab Saudi, beberapa negara lain larang perjalanan dari Afrika

Perancis pada Jumaat melarang kemasukan pengembara dari negara-negara Afrika sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam berikutan kebimbangan penularan varian baharu COVID-19.

3. Varian baharu COVID-19 dikesan di Belgium

arian baharu COVID-19 dikenali B.1.1.529 telah dikesan di Belgium, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Franck Vandenbroucke pada Jumaat lapor Agensi Berita Xinhua.

4. Varian Omicron: Thailand larang kemasukan pelawat dari 8 negara Afrika

Thailand turut mengikuti langkah negara lain yang melarang kemasukan pengembara dari beberapa negara di Afrika berikutan penularan jangkitan melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali Omicron.

5. Selepas 70 tahun ekskavasi, Mesir akhirnya buka Avenue of Sphinxes

Selepas lebih tujuh dekad melakukan kerja-kerja ekskavasi dan pembersihan, Mesir akhirnya membuka kepada orang ramai kawasan yang dipenuhi ‘sphinx’ yang rata-ratanya berusia 3,000 tahun.

6. Rundingan nuklear: Rusia, China kritik ancaman AS kepada Iran

Rusia pada Jumaat mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengancam Iran dengan ketegangan diplomatik di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

7. COVID-19: Belanda umum perintah berkurung tiga minggu

Belanda mengumumkan perintah berkurung pada Jumaat di tengah-tengah peningkatan jangkitan COVID-19 dan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital di seluruh negara.

8. COVID-19: New York kembali kenakan perintah darurat mulai 3 December

andar New York kembali mengenakan perintah darurat setelah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 tertinggi sejak dilanda pandemik COVID-19.

9. COVID-19: Varian baharu B.1.1.529 'Omicron' diklasifikasi sebagai 'membimbangkan'

Kumpulan penasihat bebas yang memantau evolusi virus COVID-19 bertemu pada Jumaat untuk menilai penemuan semasa varian baharu yang pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan.

10. COVID-19: Katil ICU di Jerman hampir penuh, tentera bantu pindahkan pesakit

Dengan hampir 4,000 pesakit COVID-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), hospital di Jerman kini hampir mencecah kapasiti penuh.