ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Disember 2021.

1. Aung San Suu Kyi didapati bersalah, dipenjara 4 tahun

Mahkamah junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi.

2. Thailand kesan kes pertama kebarangkalian varian Omicron

Thailand hari ini melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol.

3. Singapura: Satu lagi kes import varian Omicron dikesan pada ujian awal COVID-19

Satu lagi kes import COVID-19 di Singapura menunjukkan keputusan positif dalam ujian awal untuk varian Omicron.

4. COVID-19: Varian Omicron merebak ke 16 negeri di Amerika Syarikat

Varian baharu COVID-19, Omicron, kini sudah merebak ke satu per tiga atau 16 negeri di Amerika Syarikat (AS), namun varian Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara.

5. Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pada Isnin bagi mengesan mangsa yang terkesan susulan letusan Gunung Berapi Semeru di barat Jawa, Indonesia pada Sabtu.

6. India: 13 maut tentera tembak pikap bawa pekerja

Seramai 13 orang di Nagaland, India dilaporkan maut selepas sebuah pikap ditembak oleh anggota pasukan keselamatan, sekali gus mencetuskan ketegangan di negeri yang bersempadan dengan Myanmar itu.

7. Lokasi MH370 akhirnya ditemukan?

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.

8. Wanita Afghanistan gesa lebih banyak hak wanita diutamakan

Berpuluh-puluh wanita Afghanistan melakukan bantahan menyelar kenyataan dikeluarkan oleh ketua Taliban, Hibatullah Akhundzada yang melarang perkahwinan paksa.

9. Kes tembakan sekolah Michigan: Pihak pentadbiran dedah peristiwa sebelum kejadian

Beberapa hari setelah seorang pelajar berusia 15 tahun didakwa membunuh empat teman sekelas di sebuah sekolah tinggi di Michigan, ketua polis daerah telah meminta siasatan bebas ke atas insiden itu, insiden tembakan paling dahsyat di kampus US K-12 sejak Mei 2018.

10. Perlumbaan sulung F1 Arab Saudi melabuhkan tirai

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Arab Saudi 2021 pada Ahad selepas menumpaskan pencabarnya terdekatnya dalam memburu gelaran dunia, Max Verstappen.