awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kesan kes pertama kebarangkalian varian Omicron

Bernama
Bernama
06/12/2021
07:32 MYT
Thailand kesan kes pertama kebarangkalian varian Omicron
Pada awal Disember, Thailand turut mengenakan larangan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika berikutan penemuan varian Omicron. - Gambar fail
BANGKOK: Thailand hari ini melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol.
Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Suakit Sirilak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital.
Beliau berkata ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron, tetapi beliau akan menjalani ujian lain.
"Lelaki itu telah mengambil langkah berjaga-jaga, jadi tiada kontak rapat dengan kes itu. Bagaimanapun, terdapat 19 orang termasuk kakitangan hotel dan lapangan terbang yang telah berhubung dengan lelaki itu.
"Pihak berkuasa kesihatan sedang menjalankan ujian lanjut terhadap mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Suakit menafikan laporan terdapat pesakit Afrika yang didapati positif Omicron.
"Pesakit menjalani saringan untuk varian Delta," katanya.
Pada awal Disember, Thailand turut mengenakan larangan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika berikutan penemuan varian Omicron.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand melaporkan 4,000 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian, menjadikan lebih 2.1 juta kes dan 20,966 korban sejak wabak itu bermula tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Omicron
#COVID-19
#Thailand
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan