DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Disember 2021.
Cadangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Thailand akan dibincangkan lebih lanjut dalam lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke negara itu hujung bulan ini.
Olimpik Beijing: AS boikot, tidak hantar pegawai
2. Amerika Syarikat tidak akan menghantar pegawai kanannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atas faktor kekejaman hak asasi manusia China.
Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyelar "sabitan tidak adil" terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan menggesa beliau dan pegawai-pegawai lain yang ditahan dibebaskan.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya tidak mengembara ke Perancis, Jordan, Portugal dan Tanzania susulan kebimbangan COVID-19.
Setiausaha Kesihatan Britain sahkan terdapat penularan varian Omicron COVID-19 dalam komuniti di seluruh wilayah England.
Perancis memperkenalkan sekatan terhad untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu COVID-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tindak balas global terhadap ancaman malaria terjejas apabila wabak koronavirus mengganggu perkhidmatan kesihatan di banyak negara.
Putera William baru-baru ini mendedahkan puteri Baginda Puteri Charlotte, gemar menari dengan lagu nyanyian Shakira, 'Waka Waka'.
Seorang lelaki yang dipecat dari kerjanya dengan notis 24 jam selepas dia meletakkan jawatan bertindak memadam 20 fail penting dari akaun Google Drive syarikatnya.
Tindakan seorang ketua sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) memberhentikan 900 kakitangannya menerusi panggilan Zoom mengundang kecaman dalam kalangan orang ramai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami