DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 7 Disember 2021.
1. PM bincang VTL Malaysia-Thailand dalam lawatan kerja hujung bulan ini - Saifuddin
Cadangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Thailand akan dibincangkan lebih lanjut dalam lawatan kerja rasmi Perdana Menteri ke negara itu hujung bulan ini.
2. Olimpik Beijing: AS boikot, tidak hantar pegawai
Amerika Syarikat tidak akan menghantar pegawai kanannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 atas faktor kekejaman hak asasi manusia China.
3. AS kecam 'sabitan tidak adil' terhadap Aung San Suu Kyi
Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyelar "sabitan tidak adil" terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan menggesa beliau dan pegawai-pegawai lain yang ditahan dibebaskan.
4. COVID-19: CDC gesa rakyat AS elak perjalanan ke Perancis, Jordan
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya tidak mengembara ke Perancis, Jordan, Portugal dan Tanzania susulan kebimbangan COVID-19.
5. COVID-19: Varian Omicron kini dalam komuniti di England
Setiausaha Kesihatan Britain sahkan terdapat penularan varian Omicron COVID-19 dalam komuniti di seluruh wilayah England.
6. Perancis umum sekatan terhad COVID-19
Perancis memperkenalkan sekatan terhad untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu COVID-19.
7. Tindak balas global terhadap malaria terjejas akibat COVID-19 - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan tindak balas global terhadap ancaman malaria terjejas apabila wabak koronavirus mengganggu perkhidmatan kesihatan di banyak negara.
8. 'Saya teruja!' - Reaksi Shakira selepas Puteri Charlotte 'jatuh hati' dengan 'Waka Waka'
Putera William baru-baru ini mendedahkan puteri Baginda Puteri Charlotte, gemar menari dengan lagu nyanyian Shakira, 'Waka Waka'.
9. Lelaki dipecat 'balas dendam' padam fail penting syarikat dari Google Drive
Seorang lelaki yang dipecat dari kerjanya dengan notis 24 jam selepas dia meletakkan jawatan bertindak memadam 20 fail penting dari akaun Google Drive syarikatnya.
10. Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang ketua sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) memberhentikan 900 kakitangannya menerusi panggilan Zoom mengundang kecaman dalam kalangan orang ramai.