ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Disember 2021.
1. Benua kelapan ditemui? Saiznya dianggarkan enam kali ganda Madagascar
Sekumpulan pakar geologi mencuri perhatian tajuk berita dunia apabila mereka mengumumkan penemuan Zealandia pada tahun 2017.Benua itu dianggarkan seluas 4.9 juta kilometer per segi yang secara perbandingannya bersaiz enam kali ganda Madagascar.
2. Desmond Tutu insan luar biasa - Mohamed Azmin
Pemergian pejuang anti-apartheid Afrika Selatan Archbishop Emeritus Desmond Tutu merupakan kehilangan seorang insan yang tiada bandingannya, kata Menteri Kanan Malaysia merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
3. Presiden Somalia gantung tugas perdana menteri atas dakwaan rasuah
Presiden Somalia Mohamed Abdullahi Mohamed pada Isnin menggantung tugas Perdana Menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tanah awam.
4. COVID-19 | Ambil peluang suntik penggalak pada cuti Krismas
Ribuan warga England menghabiskan cuti Krismas untuk berbaris bagi mendapatkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 susulan varian Omicron yang semakin menular.
5. Vaksin COVID-19 | Israel mula uji dos keempat (dos penggalak kedua)
Sementara sebilangan besar negara sedang bergelut untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi populasi berisiko, Israel kini bakal memulakan kempen suntikan keempat kepada populasinya. Pada Isnin, sebuah hospital besar di Israel akan mula memberikan suntikan vaksin keempat atau dos penggalak kedua kepada 150 kakitangan kesihatannya.
6. Cuaca Sejuk | Kanada keluarkan amaran sejuk melampau
Cuaca sejuk melanda barat Kanada dengan catatan suhu terendah -50 darjah celsius. Menurut Agensi Alam Sekitar Kanada, amaran sejuk melampau telah pun dikuat kuasa bagi lokasi yang terlibat di wilayah barat negara itu.
7. Singapura sesuaikan pengurusan Omicron berdasarkan maklumat yang dikemaskini
Setakat 25 Dis, Singapura mengesan 546 kes Omicron yang disahkan dengan 443 kes import dan 103 kes tempatan.
8. PBB 'ngeri' dengan laporan serangan dan pembunuhan 35 orang awam di Myanmar
Dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang.
9. Kes import Omicron di Indonesia meningkat
Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkatkan kepada 46 kes sehingga Ahad, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi.
10. COVID-19: Ratusan lagi penerbangan AS dibatalkan akibat Omicron
Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda.
Astro Awani
Mon Dec 27 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Desmond Tutu insan luar biasa - Mohamed Azmin
Pemergian pejuang anti-apartheid Afrika Selatan Archbishop Emeritus Desmond Tutu merupakan kehilangan seorang insan yang tiada bandingannya, kata Azmin.

Desmond Tutu meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pemergiannya disahkan oleh Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.