Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 13, 2022 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Januari 2022.
1. BRN, kerajaan Thai setuju empat perkara dalam usaha selesaikan isu Patani
Pihak pemisah selatan Thailand bersetuju untuk membentuk Joint Working Group (JWG) dengan Kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan isu di selatan negara tersebut.
2. Program senjata Pyongyang: Amerika Syarikat kenakan sekatan
Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengenakan sekatan ke atas enam warga Korea Utara, seorang warga Rusia dan sebuah firma Rusia.
3. COVID-19: Langgar SOP hadiri parti Krismas, Boris Johnson didesak letak jawatan
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson berdepan desakan untuk meletak jawatan.
4. Thailand rancang suntik vaksin COVID-19 untuk 5.2 juta murid lima hingga 11 tahun
Thailand merancang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 5.2 juta murid berumur lima hingga 11 tahun.
5. India rekod 247,417 kes COVID-19 baharu, 380 kematian dalam 24 jam
Jumlah kes jangkitan COVID-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu
6. WHO beri amaran jangkitan serentak COVID-19, penyakit pernafasan lain
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.
7. COVID-19: Canselor Jerman cadang wajibkan vaksin
Jerman harus mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 ke atas semua populasi dewasa.
8. Thailand kenakan yuran 300 baht kepada pelancong asing mulai April
Thailand merancang mengenakan yuran kemasukan terhadap pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April, yang akan digunakan bagi membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.
9. COVID-19: Peningkatan 250 peratus kes jangkitan di benua Amerika
Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) mengumumkan pada Rabu, varian Omicron menyebabkan jumlah kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat.
10. Lata Mangeshkar dikejarkan ke ICU selepas dijangkiti COVID-19
Penyanyi playback legenda India, Lata Mangeshkar dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Breach Candy, Mumbai, pada Sabtu lalu selepas dijangkiti wabak COVID-19.
#COVID-19 #ICU #Lata Mangeshkar #Amerika Syarikat #Thailand #Jerman #WHO #India #United Kingdom #Boris Johnson