ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Januari 2022.
1. Thailand kembalikan perjalanan tanpa kuarantin bulan hadapan
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand bersetuju memperluaskan satu lagi program pengecualian kuarantin (sandbox) ke destinasi pantai popular termasuk Pattaya, Si Racha dan Sattahip di wilayah Chonburi dan Koh Chang di wilayah Trat.
2. Davos Agenda 2022: Transisi perubahan tenaga baharu perlukan sumbangan negara maju - Jokowi
Presiden Indonesia Joko Widodo menegaskan ini kerana negara-negara ini sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh kerajaan masing-masing dalam mengimbangi keadaan semasa ekonomi negara mereka agar sudahnya tidak membebankan rakyatnya.
3. Singapura umum langkah tingkat keselamatan perbankan digital
Lembaga Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank Singapura (ABS) memperkenalkan set langkah keselamatan tambahan bagi memperkukuh sistem perbankan digital, memandangkan penipuan pancingan data pengguna menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menjadi-jadi.
4. COVID-19 cetus panik, ribuan sukarelawan di Hong Kong tawar diri jaga hamster dari dilupus
Ribuan orang di Hong Kong secara sukarela menawar diri menjaga hamster yang diabaikan pemilik asal akibat panik apabila kerajaan memerintahkan pelupusan haiwan peliharaan itu atas risiko jangkitan COVID-19.
5. PM Jepun garis tiga teras baharu imbangi ekonomi, agihan
Fumio Kishida yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-101 negara itu pada November lalu menggariskan tiga teras baharu kepada demokrasi liberal dan kapitalisme dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan pengagihan.
6. Korea Selatan sasar jadi metaverse ke-5 terbesar dunia menjelang 2026
Korea Selatan pada Khamis melancarkan strategi jangka masa panjang bagi mengembangkan industri metaversenya, bermatlamat menjadi pasaran kelima terbesar di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.
7. Istiadat Perkahwinan Diraja: Puteri Sultan Brunei sah bergelar isteri Awang Abdullah Nabil
Puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bersama Puan Hajah Mariam, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihan, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi pada petang Khamis dalam Istiadat Nikah Diraja Brunei.
8. New Zealand, Australia hantar bantuan kepada Tonga
New Zealand dan Australia menggerakkan bantuan bencana kepada penduduk di Tonga yang terjejas akibat letusan gunung berapi dan tsunami.
9. Indonesia hasilkan pil antiviral COVID-19 tidak lama lagi
Indonesia mensasarkan penghasilan dua jenis pil antiviral COVID-19 tempatan, Molnupiravir dan Paxlovid pada April atau Mei tahun ini.
10. Biden seru Rizab Persekutuan lebihkan usaha perangi inflasi
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru Rizab Persekutuan untuk meningkatkan usaha bagi memerangi inflasi dengan menarik balik peningkatan monetari ekonomi negara itu.
Astro Awani
Thu Jan 20 2022

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, memaksa guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

COVID-19: Penggunaan ubat antiviral Paxlovid di AS meningkat 315%
AS telah meningkatkan jumlah lokasi pemberian Paxlovid daripada 20,000 kepada kira-kira 35,000 dan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersediaan ubat antiviral itu.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Insiden tembakan di pasaraya Buffalo, Biden kecam "jenayah bermotif perkauman"
Sepuluh terbunuh manakala tiga lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di kedai Tops Friendly Markets di Buffalo pada petang Sabtu.

Ismail Sabri tiba di Pangkalan Udara TUDM, selepas lawatan kerja empat hari ke AS
Kira-kira 400 orang berada di perkarangan pangkalan udara itu untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dengan membawa pelbagai kain rentang.

Penumpang tanpa pengalaman kendali pesawat selepas juruterbang tidak 'berupaya'
Detik mendebarkan itu dikongsikan pengawal trafik udara, Robert Morgan kepada wartawan.

ASEAN, AS ganda usaha kolektif untuk penyelesaian damai di Myanmar
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menggandakan usaha kolektif ke arah penyelesaian damai di Myanmar.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

Sekarang waktu sakit... ini sebab kenapa Amerika Syarikat perlu beri ruang untuk kita kekal 'degil'
Oktober tahun lalu, pentadbiran Biden telah menyatakan komitmen kepada ASEAN dengan menyalurkan RM444 juta. Kali ini, apa pula janji AS kepada ASEAN?

PM Ismail Sabri bertemu Presiden Biden, pemimpin ASEAN di White House
Presiden Biden mengadakan pertemuan dengan para pemimpin ASEAN untuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari di sini bermula Khamis.