Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 21, 2022 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Januari 2022.
1. Kemalangan | 5 maut dirempuh lori kontena di lampu isyarat
Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan lori kontena di Balikpapan, Indonesia awal pagi tadi. Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan lori tersebut merempuh kira-kira 20 kenderaan yang berhenti semasa lampu isyarat merah.
2. Ronaldo berdepan pemotongan gaji jika Manchester United gagal ke UCL
Cristiano Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), lapor media antarabangsa.
3. 20 maut, trak bawa bahan letupan perlombongan meletup
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam satu letupan di luar bandar Wilayah Barat di Ghana pada Khamis, apabila sebuah trak yang membawa bahan letupan perlombongan bertembung dengan sebuah motosikal.
4. Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Penghibur berusia 34 tahun itu membuat pengumuman penangguhan konsertnya di akaun Instagramnya sambil memohon maaf kepada peminat atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
5. Banjir: Ibu kota Thailand tidak akan dipindahkan - Calon Gabenor Bangkok
Menurut Calon Gabenor Bangkok, Suchatvee Suwansawas, Bangkok yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi lapan juta orang akan kekal sebagai ibu negara Thailand.
6. Lonjakan Kes | Algeria umum penutupan sekolah
Sekolah-sekolah di Algeria ditutup selama 10 hari bermula khamis berikutan keputusan kerajaan bagi memerangi lonjakan jangkitan COVID-19. Keputusan Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune untuk membatalkan kelas dibuat selepas mesyuarat tergempar majlis menteri-menteri, anggota jawatankuasa saintifik COVID-19 dan pegawai keselamatan negara itu.
7. COVID-19 | Parlimen Austria setuju ketatkan mandat vaksin
Parlimen Austria mengundi pada khamis bagi memperkenalkan mandat vaksin COVID-19 yang lebih ketat mulai 1 Februari, yang pertama seumpamanya di Eropah. Seramai 137 menyokong mandat itu, yang memerlukan semua penduduk Austria berumur 18 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.
8. Khemah koyak dan bocor, pelarian Syria derita kesejukan
Terdapat banyak khemah musnah dan rosak serta keadaan jalan berlopak akibat hujan, juga menambah derita kepada pelarian yang terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar.
9. Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan ASEAN
Indonesia perlu kukuhkan kerjasama dalam sektor pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara ASEAN agar wujud sikap saling mempercayai di tengah-tengah persaingan kuasa besar di Indo-Pasifik, kata Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.
10. Arab Saudi batal konsert K-pop
Konsert K-pop yang menampilkan kumpulan Stray Kids dan penyanyi Chungha di ibu kota Arab Saudi, Riyadh dibatalkan secara rasmi.
#Prabowo Subianto #Stray Kids #Adele #ASEAN #Syria #Bangkok #COVID-19