awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo berdepan pemotongan gaji jika Manchester United gagal ke UCL

Agensi
Agensi
21/01/2022
14:32 MYT
Ronaldo berdepan pemotongan gaji jika Manchester United gagal ke UCL
Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus. - REUTERS/Phil Noble
CRISTIANO Ronaldo akan berhadapan dengan kemungkinan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus pada musim depan sekiranya Manchester United gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), lapor media antarabangsa.
Ketika ini, penyerang Portugal berusia 37 tahun itu menerima gaji 385,000 pound (RM2.1 juta) seminggu.
Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas ini dengan nilai perpindahan menakjubkan 20 juta pound dari Juventus, tetapi dia dan United sedang bergelut untuk mencapai prestasi terbaik.
Red Devils kini menduduki tempat ketujuh liga, dua mata di belakang West Ham tetapi masih kurang satu perlawanan.
Ini bermakna gaji Ronaldo akan merosot kepada 288,000 pound (RM1.6 juta) seminggu, yang akan menjadi gaji terendah diperolehnya dalam tempoh beberapa tahun ini.
Sportsmail mendedahkan tahun lalu bahawa Ronaldo menerima gaji yang lebih sedikit berbanding ketika dia bersama Juventus.
Namun begitu, Ronaldo masih bintang berpendapatan tertinggi dalam United, dengan penjaga gol, David de Gea berada di tempat kedua penerima gaji tertinggi dengan bayaran 375,000 pound seminggu.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Manchester United
#bola sepak
#pemotongan gaji
#Liga Juara-Juara Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan