awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2022
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Februari 2022.
1. Tokyo kali pertama catat jangkitan COVID-19 harian melebihi 20,000 kes
Kadar penggunaan katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 melonjak kepada 51.4 peratus.
2. Lima terbunuh akibat runtuhan di lombong arang batu di Jharkhand, India
Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India.
3. Tumpahan Minyak | Alam sekitar dan komuniti orang asli terkesan
Tumpahan minyak di Ecuador memberi kesan besar kepada alam sekitar, serta menyebabkan ribuan orang asli tanpa akses kepada bekalan air dan aktiviti perikanan. Tumpahan minyak berlaku pada Jumaat lalu apabila saluran paip minyak utama rosak akibat runtuhan batu.
4. Hagia Sophia | Tetap jadi tarikan utama Istanbul selepas jadi masjid
Selepas lebih 18 bulan ditukar status daripada muzium kepada kembali menjadi masjid, Hagia Sophia tetap menjadi tarikan utama di Istanbul.
5. COVID-19: AS bakal luluskan vaksin bagi kanak-kanak bawah usia 5 tahun
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat bakal meluluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
6. Dua maut ketika ulang tahun rampasan kuasa di Myanmar
Dua terbunuh manakala 38 yang lain cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan di timur Myanmar pada Selasa.
7. 2 polis bantuan ditembak mati di kampus kolej, suspek ditahan
Dua polis bantuan yang ditugaskan di sebuah kolej swasta di Amerika Syarikat ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata pada Selasa.
8. India peruntuk AS$70 bilion untuk ketenteraan dalam belanjawan baharu
India, pada Selasa memperuntukkan 5.25 trilion rupee (kira-kira AS$70.1 bilion) kepada Kementerian Pertahanannya dalam pembentangan bajet negara 2022-23.
9. NGO Malaysia pertama bina bandar di Syria
Serantau Muslim bakal menjejakkan kaki ke Syria pada minggu ini bagi melaksanakan misi bantuan musim sejuk yang bermula pada 5 sehingga 14 Februari 2022 nanti.
10. COVID-19: Orang kaya Hong Kong terpaksa tempah jet peribadi untuk selamatkan 'si comel' mereka
Golongan berkemampuan di Hong Kong yang memiliki haiwan peliharaan terpaksa menggunakan langkah terakhir untuk menyelamatkan ‘si comel’ kesayangan mereka dari dilupuskan di bawah peraturan ketat mencegah COVID-19 di China.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Britain
#China
#COVID-19
#Hong Kong
#NGO
#Myanmar
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan