TOKYO: Kes COVID-19 di Tokyo pada Rabu merekodkan lebih 20,000 kes buat kali pertama, sekali gus menafikan jangkaan bahawa kemuncak gelombang Omicron di Jepun mula melemah.
Kes di seluruh Negara Matahari Terbit itu mencapai rekod 91,760 kes, sementara 18 daerah kini melaporkan jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, menurut laporan dalam talian, JX Press.
Tokyo melaporkan sebanyak 21,576 kes baharu, melebihi rekod sebelumnya iaitu 17,631 kes pada Jumaat.
Kadar penggunaan katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 melonjak kepada 51.4 peratus.
Pihak berkuasa sebelum ini berkata, perintah darurat akan dikuatkuasakan jika kadar itu mencecah 50 peratus, namun kini langkah seterusnya bergantung kepada jumlah kes serius dan faktor-faktor lain.
Ibu negara Jepun dan banyak wilayah lain kini dalam pemantauan dan kawalan ketat untuk menghindar penularan virus.
Di Osaka, sejumlah 11,171 jangkitan baharu dilaporkan, kurang sedikit berbanding 11,881 kes pada Selasa.
Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada Rabu berkata, kerajaan tidak merancang untuk mengisytiharkan darrat namun akan kekal berjaga-jaga.
Agensi
Wed Feb 02 2022

Tokyo melaporkan sebanyak 21,576 kes baharu, melebihi rekod sebelumnya iaitu 17,631 kes pada Jumaat. - AP

Keputusan terima ahli UMNO dalam PH: Perlu jaga kedamaian Kerajaan Perpaduan - PM
Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu sebarang permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO yang dipecat untuk menyertai komponen gabungan itu.
![AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007110/19199450371674991830031_640x360.jpg)
AWANI Borneo [29/01/2023] - Banjir Sabah belum reda | Empat MP kekal Ahli Langsung GRS
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan #AWANIBorneo 29 Januari 2023 : - Banjir di Sabah belum reda, hampir 1,500 mangsa masih berteduh di PPS. - Hajiji umum bakal ketuai Gagasan Rakyat Sabah, empat bekas ahli parlimen Bersatu tidak turut serta. - Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura bangunkan industri pertanian . #AWANInews #MalaysiaBangkit

Industri Pertanian | Sarawak maksimumkan kepakaran teknologi Singapura
Sarawak akan memaksimumkan kemahiran dan kepakaran Singapura dalam teknologi untuk bangunkan industri pertanian yang mapan di negeri itu. Ia sejajar hubungan bilateral dua pihak menerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATOS) yang mempunyai implikasi besar kepada ekonomi Malaysia Singapura.

Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.

KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadual bermula Mac ini.

Gagasan Rakyat | Stephen sahkan sudah hantar surat letak jawatan
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu. Stephen berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dalam kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selain bersetuju dengan penstrukturan semula ini.

Banjir Kilat | Penduduk berlindung enam jam di rumah
Di Sarawak beberapa kawasan kaki bukit di Kuching dilanda banjir kilat. Antaranya Kampung Sinar Budi Batu Kawa, Kampung Kolong Matang, Taman Sejoli dan sebahagian kecil kawasan di Lundu. Keadaan seawal jam tiga pagi itu berlaku selepas hujan berterusan selama 24 jam dengan jarak kediaman hanya beberapa meter dari sungai.

Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih
Sekurang-kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir. Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau. Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.

Gagasan Rakyat | Armizan kekal Ahli Langsung GRS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Sebaliknya menurut Ahli Parlimen Papar itu, beliau kekal sebagai Ahli Langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Banjir Sabah | Penduduk tidak dibenar pulang, cuaca masih tidak menentu
Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Pitas, Nahalan Mehdunah, penangguhan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu terpaksa diambil ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

17 maut akibat ribut salji di Jepun
Ribut salji dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di Jepun yang mengakibatkan 17 individu maut manakala lebih 90 orang cedera.

Kediaman di Jepun wajib dilengkapi panel tenaga solar selepas 2025
Peraturan baharu itu diluluskan oleh perhimpunan tempatan ibu negara Jepun, pada Khamis.

Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.

Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.

AirAsia X sambung semula penerbangan ke Tokyo
Penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik.

Pandelela tamat saingan di tempat keenam Piala Dunia 2022
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg menamatkan saingan di tempat keenam acara 10 meter (m) platform wanita di Piala Dunia FINA 2022 di Berlin, Jerman, awal pagi ini.

Malaysia Airlines tingkat kekerapan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jepun
Langkah itu dibuat susulan jangkaan dalam lonjakan permintaan berikutan pembukaan semula sempadan Jepun kepada pengembara antarabangsa.

Abang Johari jadi panel Forum Perubahan Iklim di Tokyo minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput menjadi panel dalam Forum Perubahan Iklim 2022 di Tokyo pada Rabu depan.

Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.

Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.