DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Februari 2022.
Kadar penggunaan katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 melonjak kepada 51.4 peratus.
Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India.
Tumpahan minyak di Ecuador memberi kesan besar kepada alam sekitar, serta menyebabkan ribuan orang asli tanpa akses kepada bekalan air dan aktiviti perikanan. Tumpahan minyak berlaku pada Jumaat lalu apabila saluran paip minyak utama rosak akibat runtuhan batu.
Selepas lebih 18 bulan ditukar status daripada muzium kepada kembali menjadi masjid, Hagia Sophia tetap menjadi tarikan utama di Istanbul.
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat bakal meluluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.
Dua terbunuh manakala 38 yang lain cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan di timur Myanmar pada Selasa.
Dua polis bantuan yang ditugaskan di sebuah kolej swasta di Amerika Syarikat ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata pada Selasa.
India, pada Selasa memperuntukkan 5.25 trilion rupee (kira-kira AS$70.1 bilion) kepada Kementerian Pertahanannya dalam pembentangan bajet negara 2022-23.
Serantau Muslim bakal menjejakkan kaki ke Syria pada minggu ini bagi melaksanakan misi bantuan musim sejuk yang bermula pada 5 sehingga 14 Februari 2022 nanti.
Golongan berkemampuan di Hong Kong yang memiliki haiwan peliharaan terpaksa menggunakan langkah terakhir untuk menyelamatkan ‘si comel’ kesayangan mereka dari dilupuskan di bawah peraturan ketat mencegah COVID-19 di China.