ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Mac 2022.

1. Krisis Rusia-Ukraine | Malaysia sedia sokong resolusi berkaitan Ukraine

Malaysia menyatakan kesediaan untuk menyokong draf resolusi berkaitan Ukraine dalam pengundian yang akan diadakan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, malam ini.

2. Krisis Rusia-Ukraine: Menteri Luar China, Ukraine adakan perbincangan

China menyeru agar Ukraine dan Rusia dapat menyelesaikan krisis yang sedang melanda menerusi rundingan, selain menyokong segala usaha konstruktif yang membantu mengatasi permasalahan itu secara politik.

3. Pembangunan Ekonomi | Afghanistan sedia beri kerjasama

Usaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan antara Afghanistan - Malaysia boleh dimulakan serta diperkukuhkan kerana banyak produk dari kedua-dua negara berpotensi untuk dipasarkan.

4. Ketua PBB gesa tiada diskriminasi terhadap orang awam yang mahu tinggalkan Ukraine

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres membidas diskriminasi terhadap beberapa warga asing yang cuba melarikan diri daripada pertempuran di Ukraine, kata jurucakapnya pada Selasa.

5. Krisis Rusia-Ukraine: Thailand perkenal langkah hadapi kejatuhan ekonomi

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata, Thailand sedia memperkenalkan langkah tambahan untuk menangani sebarang kejatuhan ekonomi akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

6. Krisis Ukraine-Rusia | Biden sasar golongan Oligarki, tutup ruang udara

Presiden Joe Biden dalam ucapan State of the Union menegaskan, White House kini menyasarkan golongan elit Oligarki Rusia. Amerika Syarikat turut mengikut jejak kanada dan Kesatuan Eropah dengan melarang pesawat Rusia dari menggunakan ruang udara negara itu.

7. Krisis Rusia-Ukraine | Zalenskyy seru Rusia hentikan serangan sebelum rundingan

Zelensky turut menggesa jaminan keselamatan jika anggota NATO tidak bersedia untuk memasukkan Ukraine ke dalam blok itu.

8. Pelajar Malaysia terlibat banjir di Queensland selamat - KPT

Para pelajar Malaysia yang terjejas teruk akibat banjir di Queensland, Australia sejak beberapa hari lepas, berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

9. [TERKINI] Ucapan "State Of The Union" Presiden Amerika Syarikat

Ikuti ucapan State Of The Union Presiden AS, Joe Biden yang turut menyentuh perkembangan perang Rusia - Ukraine.

10. Krisis Rusia-Ukraine: Biden tegaskan AS tidak akan berperang di Ukraine

Amerika Syarikat (AS) tidak akan terlibat dalam konflik ketenteraan di Ukraine yang kini diceroboh oleh Rusia, kata Presidennya, Joe Biden pada Selasa. Beliau membuat penegasan itu semasa membuat ucapan pertamanya pada Kongres AS di bangunan Capitol, Washigton.