ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Mac 2022.

1. Remaja 14 tahun antara suspek kes penipuan di Singapura

Seramai 236 suspek dalam kes penipuan sedang disiasat susulan operasi selama dua minggu yang dijalankan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).

2. Walt Disney hentikan semua aktiviti perniagaannya di Rusia

Syarikat Walt Disney pada Khamis mengumumkan semua aktiviti perniagaannya di Rusia akan dihentikan berikutan peperangan berterusan di Ukraine, lapor Agensi Anadolu.

3. Kedutaan Rusia dakwa serangan hospital dipalsukan, wanita hamil ialah pelakon

Kedutaan Rusia di United Kingdom (UK) mendakwa insiden serangan ke atas sebuah hospital di Ukraine pada Rabu telah dipalsukan.

4. Jepun, Malaysia luaskan kerjasama melangkaui hubungan dua hala - Shinzo Abe

Skop kerjasama Jepun-Malaysia kini diperluaskan bagi melangkaui hubungan dua hala, ke arah memupuk keamanan dan kemakmuran di rantau ini dan juga di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

5. Twitter sekat dakwaan 'serangan hospital kanak-kanak palsu' oleh Rusia

Twitter telah memadam dua hantaran oleh kedutaan Rusia di London yang mendakwa pengeboman hospital di Ukraine oleh tentera Rusia telah dipalsukan.

6. Presiden Ukraine dakwa Rusia lakukan genosid

Presiden Ukraine mendakwa Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai selepas tentera Kremlin mengebom hospital kanak-kanak dan wad bersalin di Mariupol.

7. COVID-19 global: Pertambahan 1.88 juta kes baharu dalam sehari

Terdapat pertambahan 1.88 juta kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikah jumlah kes positif yang direkodkan di seluruh dunia adalah sebanyak 452 juta kes.

8. SOP COVID-19 | Amerika Syarikat lanjut mandat pelitup muka pengangkutan awam

Amerika Syarikat akan melanjutkan syarat bagi pengembara memakai pelitup muka di dalam kapal terbang, kereta api dan hab transit sehingga 18 April. White House mengesahkan perkara itu apabila menyemak langkah keperluan pelitup muka yang sepatutnya dijadualkan tamat pada 18 Mac.

9. COVID-19 | Britain gariskan siasatan pandemik COVID-19

Britain menggariskan terma rujukan siasatan terhadap pandemik COVID-19 melihat kepada kesiapsiagaan negara serta tindak balas kesihatan dan ekonomi awam terhadap koronavirus. Britain merekodkan 19.3 juta jangkitan COVID-19 dan 162,000 kematian, jumlah kematian ketujuh tertinggi di dunia.

10. Ukraine-Rusia | Rusia akan lebih kuat - Putin

Presiden Vladimir Putin berkata, sekatan yang dikenakan terhadap Rusia akan memberi kesan semula terhadap barat, termasuk dalam bentuk harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi. Moscow, jelasnya akan berjaya menyelesaikan masalahnya dan muncul lebih kuat.