ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Mac 2022.

1. Nahas pesawat: Tiada tanda mangsa terselamat di lokasi kejadian

Pesawat itu dilaporkan membawa 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal.

2. Nahas pesawat: Laman web rasmi syarikat China Eastern bertukar hitam putih

Laman web rasmi China Eastern Airlines, aplikasi mudah alih dan beberapa platform media sosial syarikat itu bertukar ke warna hitam putih.

3.  COVID-19 | Hong Kong longgarkan sekatan mulai April

Hong Kong akan mula melonggarkan sekatan ke atas pengembara dari sembilan negara bermula bulan depan. Sekatan ke atas pelancong dari kebanyakan negara berkuat kuasa sejak Januari lepas.

4. Malaysia, Vietnam tingkat kerjasama dua hala diplomatik, undang-undang, buruh, berita

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh hari ini menjadi saksi kepada usaha-usaha meningkatkan kerjasama dua hala dalam latihan diplomatik, aktiviti perundangan, perburuhan dan pertukaran berita antara dua negara.

5. Pesawat China dengan 133 individu dilapor terhempas

Sebuah pesawat China dengan 133 individu dilapor terhempas di Wilayah Guangxi pada Isnin.

6. Warga New Delhi bertahan dalam suhu menghampiri 40 Celsius, kualiti udara merosot

Ibu negara India merekodkan suhu maksimum 38.3 darjah Celsius pada Ahad, menjadikannya suatu keadaan yang luar biasa untuk musim ini iaitu 8 darjah lebih tinggi, menurut Jabatan Meteorologi negara itu.

7. Ular terpanjang dari AS 'muncul semula' selepas pupus lebih 60 tahun

Seelepas pupus sejak 1950-an, spesies ular indigo timur dilaporkan 'membuat kemunculan semula' di Alabama, Amerika Syarikat.

8. Seorang terbunuh, 24 cedera insiden tembakan di Arkansas

Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 24 lagi cedera dalam kejadian tembakan di Dumas City selatan Arkansas pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

9. Krisis Rusia-Ukraine: Rusia buka koridor kemanusiaan bermula Isnin

Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad mengumumkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan dari bandar Mariupol bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

10. Konflik Peperangan | 10 juta rakyat Ukraine jadi pelarian – PBB

Konflik Rusia-Ukraine memaksa 10 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka. Menurut Ketua Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perang di Ukraine sangat dahsyat kerana orang awam melarikan diri sama ada berpindah dalam negara atau menjadi pelarian di luar negara.