ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Mac 2022.

1. China, Rusia sedia dorong hubungan ke tahap lebih tinggi

China dan Rusia bersedia mendorong hubungan ke tahap lebih tinggi berdasarkan konsensus penting dicapai pemimpin kedua-dua negara.

2. Dua kotak hitam pesawat China Eastern Airlines sedang dinyahkod

Kedua-dua perakam penerbangan, atau kotak hitam, pesawat penumpang China Eastern Airlines yang terhempas di selatan China pada 21 Mac sedang dinyahkod, lapor Xinhua.

3. Masjid Besar Hagia Sophia Turki akan adakan solat tarawih pertama selepas 88 tahun

Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat tarawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor Agensi Anadolu (AA).

4. Rundingan Damai | Lavrov maklumkan ada perkembangan positif

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov memaklumkan bahawa rundingan damai dengan Ukraine di Istanbul menunjukkan kemajuan yang positif. Bercakap semasa lawatan ke China, Lavrov berkata bahawa Ukraine bersedia untuk menerima neutraliti dan mempertimbangkan situasi di luar NATO demi keselamatan, merupakan satu perkembangan yang ditunggu.

5. Gempa kuat gegar Kepulauan Loyalty

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km.

6. China giat salur keperluan buat wilayah terjejas COVID-19

Pihak berkuasa tempatan di wilayah yang terjejas akibat penularan COVID-19 di China memastikan bekalan keperluan harian penduduk yang diletakkan di bawah perintah kuarantin mencukupi.

7. COVID-19 | China giat salur keperluan buat wilayah terjejas

Pihak berkuasa tempatan di wilayah yang terjejas akibat penularan jangkitan COVID-19 dekat China memastikan bekalan keperluan harian penduduk diletakkan di bawah perintah kuarantin mencukupi. Ia melibatkan peningkatan kapasiti penghantaran makanan di timur China, Shanghai.

8. White House | Putin tidak dimaklumkan prestasi buruk tenteranya

White House berkata pegawai perisikan Amerika Syarikat mendapati bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak dimaklumkan dengan betul oleh penasihatnya mengenai prestasi buruk tenteranya di Ukraine. Penemuan risikan terbaharu mendedahkan bahawa Putin menyedari perkara itu dan kini terdapat ketegangan antara beliau dan pegawai kanan tentera Rusia.

9. Selepas 355 hari, angkasawan AS pulang ke bumi dengan dua angkasawan Rusia

Selepas 355 hari berada di orbit sekali gus memecah rekod paling lama berada di angkasa lepas, angkasawan NASA Mark Vande Hei kembali ke bumi pada Rabu.

10. PM Pakistan akan kongsi dengan media dan sekutu bukti campur tangan asing terhadap kerajaannya

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada Rabu berkata beliau akan berkongsi dengan media dan sekutu politiknya bukti campur tangan asing dalam kemelut politik dihadapi kerajaannya.