awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan selepas serangan semburan lada, rompakan beg Lapangan Terbang Heathrow

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2025
00:40 MYT
Lelaki ditahan selepas serangan semburan lada, rompakan beg Lapangan Terbang Heathrow
Lapangan Terbang Heathrow berkata pasukan keselamatan dan perkhidmatan kecemasan telah bertindak pantas dan keadaan kini terkawal. - Foto fail
LONDON: Seorang lelaki telah ditahan selepas insiden serangan menggunakan semburan lada dan rompakan beg pakaian yang mencetuskan kekecohan di tempat letak kereta bertingkat Terminal 3, Lapangan Terbang Heathrow, pada pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Insiden serangan menggunakan semburan lada dan rompakan beg pakaian di Terminal 3, Lapangan Terbang Heathrow, menyebabkan 21 individu termasuk kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kesan, lima di antaranya dirawat di hospital.
  • Polis Metropolitan London menahan seorang suspek lelaki berhubung kejadian tersebut yang disebabkan oleh pertelingkahan antara individu yang saling mengenali.
  • Lapangan Terbang Heathrow mengesahkan keadaan terkawal selepas tindakan pantas pasukan keselamatan dan tiada gangguan besar dilaporkan terhadap operasi penerbangan.

Menurut Polis Metropolitan London, kejadian berlaku sekitar jam 8.11 pagi waktu tempatan apabila sekumpulan empat lelaki menyerang seorang wanita dalam lif dan merampas beg pakaiannya.
Dalam kejadian itu, mangsa disembur dengan bahan dipercayai semburan lada, menyebabkan kecederaan kepada dirinya dan orang awam yang berada berhampiran.
Seramai 21 individu, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, mengalami kesan akibat semburan tersebut.
Lima daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya dirawat di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.
Polis bersenjata segera dikerahkan ke lokasi dan berjaya menahan seorang suspek lelaki.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertelingkahan antara individu yang saling mengenali, dan pihak berkuasa menegaskan bahawa insiden ini tidak dikaitkan dengan keganasan.
“Ini adalah kejadian terpencil yang melibatkan individu tertentu. Kami sedang memburu tiga lagi suspek yang dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian,” kata jurucakap Polis Metropolitan.
Lapangan Terbang Heathrow dalam kenyataan di media sosial memaklumkan bahawa pasukan keselamatan dan perkhidmatan kecemasan telah bertindak pantas dan keadaan kini terkawal.
Tiada gangguan besar dilaporkan terhadap operasi penerbangan.
Orang ramai yang berada di kawasan Terminal 3 ketika kejadian dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti mata pedih, sesak nafas atau iritasi kulit.
Pihak polis turut menyeru saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#semburan lada
#rompakan beg
#Lapangan Terbang Heathrow
#pertelingkahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan